Monday, October 31, 2011

Jelly Lense

Bismillah....
Assalamualaikum semua....
Hari ni rajin pulak nak update blog malam-malam buto ni. hehe..
Teringat pulak kat benda yang abang poslaju bagi pagi tadi. Exactly bagi kat adik, tapi kakak yang tolong bukakkan bungkusan. Bukak je bungkusan tu, terkial-kial tengok benda yang ape ntah tu satu-satu. Kenak nya banyak gilak??? berjual ka?? (hiii...dialog kan, kene bagi yang asli punye dialog..=P)

Lame juga aktiviti membelek-belek dengan mak tadi, baru terbaca kat main katalog tu rupenye benda tu adalah jelly lense. Ow...ape lagi, naik atas masuk bilik, ambik kamera, terus test...Hahaha, dik, akak cube dulu ye....:D

Best jugak guna lense tu. Macam-macam effect boleh buat walaupun just guna kamera telefon bimbit. Macam DSLR gitu....Tapi jenis yang paling suka untuk disnap adalah yang close up punye...


Gambar ni sebelum letak jelly lense (close up) dan lepas letak....

terus nampak jelas gitu...:)

Ini lah rangkaian jelly lense yang adik beli...

Apa pun, lense ni memang best...!! Untuk tahu lebih lanjut tentang lense ni, boleh tengok kat LINK..











Saturday, October 29, 2011

'Harapan dan Kebangkitan Arab' by Dr Mohd Asri

Membaca artikel yang ditulis oleh Dr Mohd Asri berkaitan pemerintahan di negara Arab amat memberi kesan pada diri. Lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan pembunuhan Gaddafi yang dahulunya sering kali menjadi tajuk utama dalam kaca televisyen yang menunjukkan kekuasaan beliau di bumi Libya.

Namun, akhirnya kesudahan yang beliau dapat di alam dunia ini begitu menyedihkan dan diperlakukan seolah-olah beliau adalah insan yang terlalu hina. Menyaksikan video di saat pembunuhan Gaddafi dulu memang meremangkan bulu roma. Tetapi apa yang dibangkitkan di sebalik pembunuhan tersebut di dalam artikel Dr adalah bagaimana orang bukan Islam memandang agama Islam itu bukan seperti yang diberitakan. Ini adalah kerana semua yang terlibat tunjangnya beragama Islam. Dan, semasa video pembunuhan juga terdengar dengan jelasnya ungkapan "Allahuakbar" dilaungkan.

Sedih juga melihat keadaan sebegini... Semoga kita dijauhkan daripada mengalami perkara sedemikian...

Marilah sama-sama membaca fikrah Dr Mohd Asri berkaitan perkara ini di LINK berikut.

The real 'Slumdog Millionaire'


Bismillah.....Pasti ramai yang dah tengok cerita Slumdog Millionaire kan? salah satu filem yang memenangi anugerah Oscar yang mengisahkan warga India yang menang dalam peraduan "Who Wants To Be A Millionaire". Ingat lagi cerita tu di'promote'kan oleh seorang pensyarah. Thank you encik Azmir!!...

Hidup yang penuh dengan kemiskinan dan pertandingan ini akhirnya menjadikan dia terkenal ke seluruh dunia. TAPI itu hanya cerita..... dan TAPI lagi, kisah ini telah benar-benar berlaku di India..!! Seorang kerani yang mendapat gaji sebanyak RM399 sebulan sekarang mendapat 3.07 juta sebagai hadiah beliau menyertai pertandingan itu.

Sushil Kumar, insan bertuah yang diberi kurniaan rezeki yang berlipat-lipat kali ganda. Mungkin ini rezeki alam perkahwinan yang baru ditempuh selama 3 bulan...:)

Sumber daripada KOSMO! mengatakan, dia hanya menonton rancangan ini di rumah jirannya kerana tidak mampu membeli set televisyen...dan sekarang, duit yang diperoleh beliau akan gunakan untuk menduduki peperiksaan, membeli rumah baru untuk isterinya, membayar hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik beradiknya berniaga....huhu... anak yang baik............:)



Monday, October 24, 2011

Assalamualaikum....


Bismillah, dengan nama Allah yang memulakan dan mengakhirkan segalanya. Malam ini, terasa ingin berkongsi satu kisah dengan semua tentang apa yang pernah dialami selama menjadi guru sandaran yang lepas. Kenangan yang tak mungkin dilupakan..^_^

Setiap pagi, setiap hari persekolahan dan setiap kali masa pengajaran bermula, pastinya akan dimulai dengan ucapan salam daripada anak murid. (untuk cikgu beragama Islam) Seperti yang kita tahu, ucapan salam adalah satu doa murid kepada gurunya...dan sebagai guru dan orang yang menerima salam, wajib untuk kita menjawabnya.

Apa yang menjadi isu di sini adalah ucapan salam yang diberikan. Teringat satu hari, masuk ke kelas tahun 6, semua murid Islam berdiri dan memberi salam, "Assalamualaikum warahmatullahi bawarakatuh, cikgu." Wah, dengan alunan 'salam sekolah' yang mendayu, terasa doa itu memang ikhlas diberikan. Tiba-tiba terasa kelainan pada salam tersebut. 'Bawarakatuh'...???? Bukankah sepatutnya, "wabarakatuh"... Apa yang memeranjatkan, hampir semua murid menyebut dengan ayat yang sama.

Secara tidak lansung, maksud salam tu juga bertukar....apa maksud 'bawarakatuh'?? Seharusnya perkara asas ini dipandang dengan teliti terutama sekali guru. bayangkan sampai masuk sekolah menengah mereka tidak ditegur, dan sampai bila-bila ucapan salam itu tetap sama. huhu... sama-sama lah kita renungkan....

^_^ dan satu masa pembelajaran hari itu adalah untuk melatih memberi salam dan maksudnya.....semoga mereka mengingatinya...

19 Jenis kucing termahal di dunia.

Bismillah....info ni saya dapat dari salah satu laman sesawang sahabat. (LUQMAN HAKIM) Kucing adalah salah satu makhluk yang saaaangatlah indah....aaaa....suka sangat kat kucing. Tapi masih takde rezeki nak beli kucing sendiri. kucing yang datang tanpa diundang ade je banyak.....hehe.... tapi papepun, diorang peneman yang sangat setia....

okey, jom kite tengok kucing-kucing yang termahal di dunia yang pastinya nak fikir 2 sampai 10 kali kalau nak beli...^___^ (kalau ada yang nak bagi percuma, nyiru saya tadahkan.......!!! Ade ke??)

1. Persian cat
Persia adalah kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Kucing ni popular kerana sangat penyayang dan setia.

Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia (Iran). Diakui oleh fancy kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali oleh England , dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Di Britain, dipanggil seniman atau pemain muzik klasik Persia.

Walaupun Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, ini lebih dari diganti dengan personaliti, tetapi bulunya boleh menjadi mimpi buruk untuk dikekalkan. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.

2. Siamese cat

Siamese adalah salah satu yang pertama diakui kucing keturunan Oriental. Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang biak dari Siamese Moden menunjukkan rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot.

Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam. Seekor kucing Siamese selalu ingin menjadi tarikan perhatian.

Kucing ini ingin diperhatikan. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya.

Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya. Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang...

3. The Maine Coon cat

The Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya.

Maine Coons adalah salah satu jenis dalam negeri terbesar.Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan penuh kasih dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak berhias seperti Persia.

Kucing ini baik akan membuatkan sangat aman dengan anak-anak. Malah menjadi tambahan yang sangat setia kepada keluarga.

4. Abyssinian cat

The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu dicipta sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, sering kucing ini berguling di Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti.

The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian.

Setiap bulu mempunyai warna asas dengan tiga atau empat jalur berwarna gelap,bulu berwarna lebih terang pada akar berhampiran kulit, dan gelap "ticking" warna di hujungnya. Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia.

5. Ragdoll cat

The Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang. Kucing ini berkembang biak dengan mata biru dan bulucolorpoint yang berbeza. Ini adalah kucing semi-artis besar dan berotot dengan bulu yang lembut dan halus.

Dikembangkan oleh penternak kontroversial Amerika Ann Baker, yang terbaik adalah dikenali dengan sifat yang jinak dan tenang dan sifat kasih sayang.

Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang. Ragdoll yang sempurna untuk peliharaan di rumah atau di mana-mana.Kucing ini begitu jinak sebaliknya berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain.

6. The Exotic Cat

The Exotic Shorthair mempunyai sifat lembut dan tenang dari Persia, tetapi lebih hidup dari keturunan kucing berbulu panjang itu. Sifat ingin tahu dan suka bermain, kucing ini mesra terhadap kucing dan anjing lainnya. Kucing ini jarang mengeluarkan bunyi. Kucing ini tidak suka ditinggalkan sendirian, dan memerlukan kehadiran tuannya.

Kucing ini cenderung untuk menunjukkan kasih sayang lebih dan kesetiaan dari keturunan paling dan menjadikan pusingan hidup kucing yang sangat baik. sifat kucing yang tenang dan stabil membuat kucing ini sesuai untuk penduduk bandar.

Meskipun demikian, Exotics mempunyai beberapa warisan tenaga dari keturunan kucing berbulu pendek Amerika dan sering mampu memburu tikus.

7. Savannah Cat

Savana dianggap salah satu jenis yang lebih besar dari kucing peliharaan. Padang rumput tinggi dan ramping membangun memberikan penampilan ukuran lebih besar dari berat biasanya. Kucing ini merupakan kacukan silang antara kucing serval dan kucing rumah.

Savana umumnya dibandingkan dengan anjing dalam kesetiaan, dan kucing ini akan mengikuti tuannya di sekitar rumah seperti juga anjing. Savana juga dapat dilatih untuk berjalan di atas tali, dan malah menyambut tetamu.

Savana dilaporkan sebagai sangat sosial dan mesra dengan orang-orang baru, dan kucing lain dan anjing, sementara yang lain ada bersembunyi atau kembali mendesis dan marah ketika melihat orang asing.

Paparan terhadap orang lain dan haiwan peliharaan yang paling mungkin faktor kunci dalam sosialisasi sebagai kucing Savana membesar. Savana tidak mempunyai masalah sifat yang akan dikaitkan dengan asas kucing lebih pemalu dan / atau agresif hybrid. Savana yang sangat ingin tahu, dan telah dikenali masuk ke dalam segala macam hal.

Kucing ini sering belajar bagaimana untuk membuka pintu dan almari, Savana merupakan kucing yang tidak takut dengan air di mana banyak orang akan mandi atau malah terjun dalam air. Beberapa pemilik kucing juga mandi dengan kucing Savana.

8. Burmese Cat

Burma dianggap sebagai kucing bulu pendek asing di Amerika Syarikat. Warna mata kucing ini diterima untuk berkembang biak dengan mata berwarna emas atau kuning.

Walaupun antara pembiakan dengan Siam dapat mengakibatkan biru atau hijau. Mata biru atau nyata ("aqua") mata, secara genetik mungkin kucing asli di Burma.

Badan ini dikenali kerana berkilau, dengan satin finish. Seperti kebanyakan kucing berbulu pendek, tidak memerlukan rawatan tambahan. kucing Burma cenderung vokal seperti Siam. Kucing boleh benar-benar terikat dan percaya dengan tuannya.

9. Manx Cat

The Manx adalah jenis kucing dengan mutasi semulajadi tulang belakang. Mutasi ini ekornya lebih pendek, sehingga dalam banyak-banyak ekor panjang kurang yang beekor.

Banyak Manx mempunyai rintisan "kecil" ekor, tapi kucing Manx terkenal sebagai sepenuhnya ekor, ini adalah karakter yang membezakan dari keturunan dan jenis badan kucing mutasi genetik. Para Manx dikatakan pemburu unggul dan dikenali untuk menangkap mangsa yang lebih besar malah ketika masih muda.

Kucing ini sering dicari oleh petani dengan masalah haiwan pengerat seperti tikus. Kaki belakang Manx lebih panjang daripada kaki depan, menciptakan satu henjutan yang berkesinambungan dari bahu ke punggung kucing memberikan penampilan yang kuat.

Telinga kucing lebih kecil dari keturunannya dan Manx boleh ada dalam pelbagai warna, termasuk Tortoise-shell, Tabby, Calico, dan semua warna bulu padat. Kepala yang bentuknya bulat, dan seringkali sangat ekspresif, dengan mata lucu dan hidung kecil.

10. Sphynx Cat

The Sphynx (juga dikenali sebagai kucing Kanada Mexico) adalah jenis kucing yang dikenali kerana kurangnya bulu. The Sphynx kelihatan seperti kucing berbulu, tetapi tidak benar-benar berbulu. Tekstur kulit menyerupai kulit Chamois. Hal tersebut dapat dilindungi dengan sangat pendek, bulu halus, tidak seperti buah pea.

Memandangkan Kucing sphynx mahu untuk tetap hangat , kucing ini bertempek kepada haiwan lain dan manusia. Malah cenderung berpelukan dan tidur dengan tuannya di bawah selimut. Kurangnya bulu menjadikan kucing cukup terasa pada sentuhan kulit .

Kucing ini biasa dikenali melalui pola (padat, tompok, van, kucing, tortie, dll) dapat ditemui pada kulit Sphynx. Oleh kerana kurangnya bulu, Sphynxes memerlukan proses cuci biasa kerana tidak ada bulu untuk menyerap minyak semulajadi di kulitnya. Sphynxes dikenali kerana sifatnya yang ekstrovert.

Kucing ini menampilkan tahap tenaga yang tinggi, kecerdasan, rasa ingin tahu, dan kasih sayang untuk tuannya. Kucing ini memiliki mata yang luar biasa besarnya.

G-Cafe Pegaga Gamat Emas


Assalamualaikum.....=) Siapa yang pernah dengar tentang Gamat Emas Product? Gamat Emas adalah syarikat baru yang mengeluarkan produk berasaskan gamat. Ha, yang kat atas ni adalah salah satu produknye. Gcafe Pegaga ni adalah minuman pracampuran kopi arab yang dicampur dengan ekstrak pegaga. Sebut pegaga je mesti sesuai untuk kaum wanita kan? Tapi, lelaki pun boleh juga merasa kelazatan kopi ni di samping menjaga kesihatan.

Minuman penu aroma dan berkhasiat ini membantu:
  1. Menyegarkan tubuh badan dan menenang minda.
  2. Kesan awet muda, mencantikkan dan menganjalkan kulit.
  3. Mencegah radang sendi dan rheumatic.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Meransang sistem pertahanan badan.
  6. Memperbaiki fungsi detoksifikasi ginjal dan hati.
Harga pasaran: RM29.80 MB/ RM31.80 MT

Untuk mengetahui produk-produk menarik yang lain, boleh lawat laman sesawang GAMAT EMAS.

Why Men Don't Listen and Women Can't Reap Maps



wanita dan lelaki itu 'berbeza'

Bismillah...alhamdulillah kita masih diberi peluang menghirup udara yang sentiasa ada untuk kita sampai tiba masanya nanti... Sesiapa yang faham tajuk di atas mesti sudah tahu apa yang dmaksudkan kan? Itu adalah tajuk buku yang saya rasa amat best dan sesuai dibaca semua..

Wanita dan lelaki adalah berbeza, tapi perbezaan yang dimaksudkan bukannya bermaksud lelaki lebih baik dari wanita ataupun sebaliknya. Tetapi perkataan 'berbeza' itu bermaksud masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan, ciri tersendiri, sikap tersendiri yang menyebabkan seseorang itu dipanggil lelaki dan wanita.

Satu ungkapan yang amat menarik minat saya untuk membaca buku ini adalah, "wanita nampak sehelai rambut perang yang melekat pada baju dari jarak 20 kaki tetapi melanggar pintu garaj apabila mahu memakir kereta." Kenapa agaknya?? Tapi memang tidak dapat dinafikan...sebab tu wanita dikatakan sebagai alat pengesan.

Banyak lagi info menarik yang kita dapat dalam buku ni...^_^ jangan lupa untuk milikinya....
Edisi Bahasa Melayu

Edisi Bahasa Inggeris

p/s kadang-kadang, belajar ilmu psikologi ni best jugak kan...boleh mengenali sikap dan perangai setiap orang.

Sunday, October 23, 2011

Yue Yue akhirnya meninggal dunia


Bismillah....
Pastinya ramai yang tahu tentang kisah malang kanak-kanak perempuan ni kan? Terbaru, kanak-kanak ini atau dikenali dengan nama Yue Yue telah menghembuskan nafasnya baru-baru ini. Mula-mula, tak tahu pun kisah ni, tapi lepas dengar luahan kemarahan, kesalan daripada radio hot fm, tergerak pula nak tengok dalam Youtube. Sekali je tengok, lepas tu dah tak sanggup dah. Lagi sedih, tengok video dengan mak, mak tak habis-habis marahkan pemandu van dengan orang sekeliling tu sambil dua-duanya menitiskan air mata. Mak mesti lagi terasa kan sebab naluri ibu tu kuat. Yang pastinya, sampai esok pun mak masih lagi sebut pasal kisah ni...=(

Berakhirlah kesengsaraan Yue Yue di dunia yang penuh kejam ni. Memang undang-undang yang ditetapkan tu tak masuk akal. Haih....meluap-luap lagi ha hati ni.....!!!

Apa pun, takziah pada keluarga mendiang....huhu..


Saturday, October 22, 2011

Harinya Bakal Tiba...!!


1 month, 1 week, 5 days untill I graduate... Tiap kali bukak blog, ni kot yang paling kerap tengok..haha. Majlis graduasi, majlis yang ditunggu setelah 4 tahun menuntut di IPT yang sangat dirindui. Haih, baru 3 bulan tinggalkan kampus, rindu dah nak masuk kelas balik, jumpa kawan-kawan. Yang pastinya, kenangan kat sana memang takkan pernah dilupakan..LANSUNG....especially kenangan yang akhirnya memberi kesedihan yang berpanjangan...huhu..

Aaaaa tak nak fikir dah pasal tu. Yang penting sekarang ada lebih kurang sebulan nak sediakan perkara yang patut untuk majlis ni. Tiket kapal terbang pun tak mhabis beli lagi...huhu. Maaflah adik-adikku, kakak takdak duit sangat nak belikan tiket untuk semua orang.. Nanti la kita jalan-jalan satu family yap ke negeri sana tu..:)

p/s: terbayang-bayang dah suasana nanti...lalalalala~~~

Bahana Telefon Bimbit

Telefon bimbit atau handphone adalah alat yang dikatakan 'wajib' ada pada setiap orang di dunia ni. Murid-murid sekolah tadika pun ada yang sudah didedahkan dengan penggunaan alat ini. Namun, pasti ramai juga yang tahu risiko penggunaan telefon bimbit kan??

Pagi tadi saya menonton salah satu rancangan yang best di TV al-Hijrah yang menampilkan seorang doktor yang membincangkan perihal kesihatan yang dialami seharian. Rancangan ini best sangat sebab kadang-kadang perkara yang kita anggap remeh akan terbongkar ke'besaran isunya' dari rancangan ni...salah satu nya adalah seperti tajuk di atas.

JAdi, daripada rancangan ni dan beberapa bacaan lain, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kesan buruk berlaku kepada pengguna telefon bimbit.

  1. Jangan letak handphone dalam poket. Sebabnya, radiasi yang dihasilkan akan memberi kesan pada tulang paha dan kajian juga ada menyatakan lelaki yang kerap meletakkan handphone di dalam poket akan mengurangkan kuantiti sperma sebanyak 30%.
  2. Gunakan headset semasa bercakap. Pointnya di sini adalah jauhkan handphone terutama semasa berbual walaupun hanya sejengkal. Lagi jauh lagi bagus....=)
  3. Kurangkan masa berbual.
  4. Jangan buat panggilan semasa berada di dalam lif atau kawasan yang menunjukkan bilangan bar yang kurang.
  5. Kurangkan penggunaan fungsi handphone yang banyak.
  6. Jangan gunakan berdekatan dengan alat yang dibuat daripada logam.
So, berhati-hatilah semua ya. Dan satu lagi, jaga kebersihan handphone anda kerana tangan yang kotor akan mengotorkan juga handphone semasa dipegang dan lebih parah lagi handphone ini anda letak di telinga semasa menggunakannya. Ingat tu..!! =)

okey, Selamat semua....!!!

Friday, October 21, 2011

Simbah asid lagi???




"Sebelum dibedah, mereka tidak boleh memejam mata kerana kelopak mata mereka mengalami kerosakan.

Jadi, melalui pembedahan tersebut, doktor ambil kulit pada bahagian belakang cuping telinga untuk dijadikan kelopak mata baharu bagi memudahkan mata mereka ditutup dan dibuka,” (KOSMO-21.10.2011)


Macam mana agaknya rasa seorang ibu melihat anaknya menderita terkena simbahan asid. Yang pastinya, kesannya mempengaruhi keseluruhan hidup mangsa. Kenapa la manusia sekarang tersangatlah kejam...??

Baru je minggu lepas tengok rancangan SOLEHAH yang memaparkan kisah salah seorang remaja yang menjadi mangsa simbahan asid. Tengok keadaan je dah tau betapa sengsaranya mangsa menjalani kehidupan sehariannya.... =( Inikan pula mangsa yang baru berusia belasan tahun ini.

Ya Allah, jauhkan kami dari malapetaka dan ancaman kekejaman manusia...dan berikan ketabahan pada hati-hati mereka yang kurang bernasib baik...amin...


Wednesday, October 19, 2011

1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!

Salam.... lame da tak join giveaway dari rakan-rakan blogger. Hari ni, rasa nak join pulak giveaway Mr Baiz ni. =) Pernah jugak terfikir, nak masuk giveaway ni especially blogger dari semenanjung, dapat ke hadiahnye. Sebabnye, dok jauh ni, mesti payah nak hantar hadiahnye. (macamlah dapat hadiah kan....haha) tapi betol la kan3..??? tapi takpela, yang penting bole kenal blogger yang lain...=) Jadi, jom join....!!!!

Bagi rakan yang nak join, just klik SINI... join nya mudah je....^__^




Friday, October 14, 2011

Tunang 9.10.11


Bismillah...

Alhamdulillah masih diberi peluang meng'update' blog yang lama ditinggalkan ni. Banyak perkara yang telah berlaku dan pastinya semua adalah perancangan dan ketetapan Allah. Baru-baru ini pula, dengan izin Allah, berlansung majlis per

tunangan adik lelaki di Kampung Semariang Lama, Kuching.

Pertama kali menguruskan majlis ini memang memenatkan. Bukan penat kerana menguruskan majlis, tapi penat melayan, menyiapkan barang2 hantaran. Dan pastinya sebagai kakak, menjadi sasaran untuk semua2 ini. (dibantu oleh adik perempuan yang sorang tu) =) Namun, sekurang2nya, saya ada pengalaman untuk menguruskan perkara ini semua. Nanti, untuk adik2 dan abang pula, insyAllah pengalaman dijadikan sebagai panduan...^__^

Okey, now lets picture tells everything sepanjan
g berlansungnya majlis...



kedua-dua gambar di atas adalah saat menandatangan Watikah Pertunangan dari wakil pihak lelaki dan wanita. Watikah ini hanya diadakan di Sarawak sahaja. Di dalam watikah dinyatakan perkara yang diserahkan semasa pertunangan dan ditandatangan oleh wakil dan saksi kedua belah pihak. Sama macam sijil kahwin....



Hantaran dari pihak lelaki (merah putih) dan pihak perempuan (earth color dan krim)

bakal biras, mentua dan menantu.

Kek yang merunsingkan fikiran pada pagi majlis. Huh...nasib baik sempat siap....

Semoga pertunangan ini diberkati dan sampai hingga ke jinjang pelamin. Amin......^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram