Thursday, September 22, 2011

Senarai 40 Peserta Masterchef Malaysia

Assalamualaikum. Mesti ramai yang tahu tentang rancangan popular Masterchef kan? Yang ada iklan: "Ini nasi lemak buatan saya, Ini pula nasi lemak buatan .....(tak ingat iklan).., ini pula nasi lemak Masterchef....unik,teliti..." (maaflah pencipta iklan, saya tambah sikit..:D)

Menariknya, Malaysia juga turut menganjurkan program yang sama. Rasanya rancangan ini pasti meletop!! Rancangan ini akan disiarkan bermula 22 Oktober di Astro Ria.

Di bawah ini adalah senarai peserta yang berjaya mewakilkan diri untuk menjadi bakal Masterchef Malaysia yang pertama.



NO
NAMA
UMUR
ASAL
PEKERJAAN
1
Mohammad Danial Firdaus Shaharuddin
18
Pulau Pinang
Pembantu Penyelia
2
Shahmin Che Rahim
20
Pulau Pinang
Pelajar
3
Nik Shahrezza Che Rahim
22
Pulau Pinang
Tidak Bekerja
4
Mohamad Saiful Alip
26
Sabah
Penoreh getah
5
Wahidan Hj Ag Supain
42
Sabah
Pekebun
6
Terrence O' Brien Maarat
35
Sabah
Perancang Majlis
7
Noor Anita Mohd Tahir
34
Johor
Ketua Syif
8
Shahriah Adilah Abdullah
34
Johor
Penulis Novel
9
Amita Tan See Yin
31
Kuala Lumpur
Peguam
10
Wan Nurul Anais Izzati Wan Ismail
26
Kelantan
Front Office Assistant
11
Wan Ahmad Zareer Wan Mohamad
31
Kelantan
Pengurus Cement Co.
12
Deena Nalisa Mohd Zain
25
Kelantan
Pelajar
13
Zeri Bin Zamri
26
Selangor
Pereka fesyen
14
Ezani Farhana Md Monoto
26
Selangor
Doktor pergigian
15
Mohd Zahin Othman
21
Johor
Pelajar
16
Azlina Shah Shaharuddin
29
Kuala Lumpur
Tidak bekerja
17
Ary Malik
40
Kuala Lumpur
Pelakon
18
Bryan Chen
25
Kuala Lumpur
Auditor Dalaman
19
Wong Phooi Yee (Jesse)
39
Selangor
Pereka grafik
20
Tang Kit Wann
25
Kuala Lumpur
Lepasan Ijazah
21
Norhaslina Long Ibrahim
35
Selangor
Penjual Bunga
22
Arshad Zamir Mohd Azmi,
19
Selangor
Pelajar
23
Felix Tan Pitt Yinn
24
Kuala Lumpur
Jurulatih Peribadi
24
Azizah Zulkifli
22
Kuala Lumpur
Pelajar
25
Raymond Clement Raj A/L Silvaraj
28
Selangor
Pegawai Perhubungan Awam
26
Mastura Haji Talib
38
Kuala Lumpur
Suri Rumah
27
Zuraidah Mohd Zulfakar
52
Selangor
Suri Rumah
28
Lee Wee Giap
30
Selangor
Pengurus Kewangan
29
Kamaruzzaman Hassan
45
Selangor
Pengurus E2E
30
Nik Micheal Imran
21
Selangor
Pelajar
31
Mohd Azmil Mohd Razman
25
Kuala Lumpur
Guru Sambilan
32
Siti Nur Azilah
26
Kuala Lumpur
Peg. Perkhidmatan Pelanggan
33
Imelda Maya Haris
30
Kuala Lumpur
Pereka Barang Kemas
34
Rosemah Ibrahim
48
Selangor
Bekerja Sendiri
35
Hoe Hui Ting
21
Kuala Lumpur
Lepasan Ijazah
36
Mohamad Danial Mohd Yusok
21
Selangor
Pelajar
37
Siti Aishah Binti Omar
27
Negeri Sembilan
Pemandu
38
Fadzilina Jasmin
40
Selangor
Konsultan Perniagaan
39
Khairul Affendi Abd Zahid
26
Kuala Lumpur
Request Management Analysis
40
Ibnu Rasyeed Mat Isa
25
Perak
Ahli Perniagaan

Peserta paling muda adalah peserta Pulau Pinang nun di atas sekali. Lelaki pula tu. Sekarang ni, lelaki memang ramai yang sudah pandai memasak... Apapun, selamat berjaya buat semua peserta.

p/s: Peserta dari Sarawak tak ada ke?? Huhu...

Sunday, September 18, 2011

Kurus dan gemuk

The Biggest Loser, salah satu rancangan yang agak popular masa sekarang. Tadi baru je lepas tengok sekejap bibit-bibit usaha peserta yang nak kuruskan berat badan. Teringat segmen rancangan 'Lau Kana Bainana' yang pernah menyiarkan seorang 'alim yang selalu tersenyum tetapi beliau mengatakan satu perkara yang mungkin menyebabkan kekecewaan Rasulullah pada beliau adalah kegemukan yang beliau lalu sekarang.

Semasa menonton sisipan rancangan The Biggest Loser ni, tengok betapa kerasnya usaha diorang nak menurutkan berat badan, dengan tidak semenanya air mata ni mengalir. Sayu je rasa sebab teringat zaman lampau yang penuh dengan air mata. Huhu.... Dulu, saya juga seperti mereka. Masalah yang dihadapi tu selalu menjadi bahan ejekan rakan-rakan dan saudara mara. Terasa rendah diri yang amat pada waktu itu. =( Huhu..(emosi pulak kan malam ni..haha...)

Sehingga lah berlaku satu peristiwa yang boleh dikatakan 'hitam' berlaku, keadaan berubah sama sekali. Dan sekarang, kehidupan juga berbeza dari dulu. Begitu terasa perbezaannya. Tapi, semua tu adalah pengalaman yang amat bermakna. Kadang-kadang apa yang saya alami dulu menjadikan saya lebih matang dalam menilai orang yang ada di sekeliling. Terutama sekali mereka yang hanya merapatkan diri kerana luaran semata-mata. Saya faham apa yang dialami oleh mereka yang berbadan besar dan amat anti pada siapa yang terlalu ringan mulut mengejek mereka. Tak siapa pun yang mahu berbadan besar dan diejek sesuka hati oleh orang lain. Tapi kalau ada tu, tak tahula kan...hehe..

Apa pun, semoga kita semua terpelihara dari mendapat penyakit walau dalam keadaan apa sekalipun... Be happy, dan ingat...kita semua tak sempurna. Walaupun kelebihan kita dapat dilihat oleh mata kasar, pasti akan ada kekurangan lain yang tersembunyi dan begitu juga sebaliknya. Yang sempurna hanya satu je iaitu Allah. La tahzan dengan kekurangan yang kita ada... orait..??? senyum.....=)


peserta yang berusaha untuk berjaya..

the biggest loser will win...

Saturday, September 17, 2011

Cincin belah rotan?? Cincin rotan ker?

assalamualaikum semua...

Hari ni mak ayah sibuk fikir dan bincang pasal proses merisik anak dara orang esok. Hai, anak first yang nak dirikan rumah tangga, macam ni la... tadi baru lepas kol 'bakal besan' mak tentang merisik ni. Mak tanya apa yang perlu dibawa dan jawapannya, sebentuk cincin n RM50 untuk buka mulut...(eh,buka mulut ke buka apa ntah tadi...tak ingat pulak..)

Jadi, esok adalah hari survey cincin!!! yeay!! I nak ekoot!! Lagipun memang wajib ikut pun sebab nak guna tangan ni untuk model...hee... jadi model pun takpela...^__^

Tapi masalah nya sekarang, mak tanya nak beli cincin macam mane? harga berapa? kat mane? hai, adikku di semenanjung tu, tengok la susahnya mak nak fikir benda-benda macam ni. Baru nak merisik.

Last, dengan kemudahan internet, saya pun cari cincin mana yang sesuai untuk merisik. tet tet tet menaip, jumpa satu artikel yang tertulis 'cincin belah rotan' sebagai tanda merisik. Dengan penuh excitednya, saya pun terus informkan pada mak. Jawapannya, "Cincin rotan?? Mana nak carik rotan nak oi....." Betul juga cakap mak, takkan nak cari rotan pulak nak buat cincin. (ni la tanda kekosongan ilmu perihal perkara-perkara ni.) haha....

Dari jauh, dengar suara ayah pulak. Bukan cincin dari rotan la, cincin belah rotan. Cincin simple je......... Ape lagi, dua-dua tercengang lepas tu terus tersengeh kambing kat dalam bilik. haha.... Kononnya information is on your fingertips, tapi tengok maklumat bukan nak tengok lagi mendalam. Ha, ni la akibatnya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya pun mencari gambar-gambar cincin yang dimaksudkan.

ni la antara cincin belah rotan yang dimaksudkan...
tengah tengok gambar cincin ni, tertengok pula cincin yang menarik dalam laman KEDAI EMAS NAZMAN ni...

p/s: untuk bakal suami KU, saya nak seperti yang di bawah..^__^ (membasi-basi)





simple je kan...^_^

okeyla, sampai sini je cincin-cincin yang boleh saya tengok. kalau tak, sampai esok pun tak habis...Doakan semua berjalan lancar untuk esok ye...

Wassalam..



Taubat...

Buat perkongsian bersama....

MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?

Safwan, Melaka.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

berdoa3.jpg

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)

“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).


Sumber: Minda Tajdid

Ibu ampunkan aku

Bismillah....alhamdulillah masih bernyawa di atas muka bumi ini. Pagi tadi teringat perbualan mak dan rakannya di kedai. Bukan semua yang didengari tapi ada satu baris kata yang membuatkan hati saya merasa sesuatu. Rakan mak mengatakan,

"Kadang-kadang saya selalu merajuk dengan anak-anak jika mereka tidak melayan saya."

Kata-kata itu membuatkan saya terfikir, mak pernah tak terasa hati dan merajuk dengan sikap anak-anak dia yang 7 orang ini? Terutama sekali dengan diri ini...?? Dan jawapannya, memang saya sudah tahu...huhu...

Kadang-kadang kita tidak menyedari perbuatan & perkataan yang kita tuturkan walaupun biasa, tapi memberi kesan di dalam hati sanubari ibu dan ayah kita. Kita lansung tidak menyedarinya kan??? Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah lanjut usia, hati mereka sudah tentunya lebih sensitif. Namun, perkara yang kadang-kadang kita sedar ini lah yang akan menjadi salah satu punca derhaka kita pada mereka. Nauzubillah....

Masih belum terlambat lagi untuk kita meminta maaf. InsyaAllah...
Maafkan anakmu ini ye mak dan ayah.....



Friday, September 16, 2011

Real Pre-Wedding Portraiture Session


Assalamualaikum semua....

Berminat tak mengambil gambar?? Especially gambar pre wedding pasangan yg akan berkahwin...???

Jadi, di sini ada berita gembira bagi mereka yang ingin mempelajari teknik-teknik mengambil gambar especially pre wedding picture. "Shoot with care, let the photo speak"...peserta yang menyertai Pilot Project ni boleh mempelajari teknik-teknik mengambil gambar, melihat bagaimana gambar pre wedding sebenar diambil, mengetahui teknik lighting, mencuba menghasilkan gambar hasil snap tangan sendiri n berpeluang bertanya soalan dalam bidang ini. (model pre wedding juga adalah bakal pengantin sebenar....baru ada aura nak ambil gambar kan..????^_^)

This project will be held around KL area, on 18 September 2011 begin from 8.00 am till 11.00 am. PEndaftaran dibuka sebelum 16 September.

Nak tahu lebih lanjut?? Sila layari laman ini.. Pilot Project

^__^ daa......




Thursday, September 15, 2011

Kagum blog Langit Ilahi


Blog Langit Ilahi adalah blog yang menjadi blog kegemaran saya sejak dulu lagi. Laman ini banyak memberi info dan motivasi pada diri. Bahagian yang paling saya gemari adalah Galeri Foto beliau yang banyak memberi ketenangan tika melihatnya. Laman yang dipelopori oleh salah seorang penulis majalah tempatan ini iaitu Hilal Asyraf banyak memberi saya maklumat dan ada juga motivasi yang turut disertakan.

Semoga beliau terus berjaya dan boleh meneruskan karya penulisan beliau dengan jayanya. ^_^

Laman beliau boleh dilayari dalam laman Langit Ilahi

UPSR dah habis!!

Bismillah...yeay UPSR dah habis...!!! :D tapi bukan saya yang UPSR ya...

Tahniah buat anak-anak muridku yang berjaya menamatkan ujian mereka pada hari ini. Eh, anak-anak murid ke, adik-adik murid ye??? huhu.... rasa muda sangatlah tu..

Tergambar wajah-wajah gembira murid darjah 6 pagi tadi apabila bakal menghabiskan ujian mereka. Lepas ni, entah datang atau tidak mereka ke sekolah. Kalau tak, semestinya saya tidak akan berjumpa dengan mereka lagi. Khidmat di sini hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi. Now, still waiting for the interview result. Hope everything will be like what being wish..Amin...

will be missing them....^_^

Maher Zain bertandang ke Sarawak.


Ini berita gembira especially buat peminat-peminat Maher Zain di Sarawak. Abg Maher Zain akan mengadakan konsert di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November tahun ini. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan konsert beliau boleh lah mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM103, RM203 dan RM 303.

Pada sesiapat yang membeli tiket dari 19 September hingga 2 Oktober pula akan diberikan diskaun sebanyak 10%. JAdi, jangan lepaskan peluang ye peminat-peminat semua...^_^


Sunday, September 11, 2011

Perjalanan Sang Indah

Keindahan itu indah...
Kadang diperkatakan,
kadang diperlihatkan,

Orang kata, indah itu sensitif,
tegaknya, terbaliknya, bengkoknya keindahan
tetap dipanggil indah
bunga juga begitu, kata 'indah' untuk bunga
tetap melekat hatta pelbagai ragam aksi ditunjuk

Indah itu, kata dan bisikan hati
pemahaman dan permainan minda
Namun apa yang pastinya
Indah juga pasti akan pudar
antara semua keindahan yang ada
Yang pudar pasti akan dibiar
Yang layu pasti akan kuyu.....





3 Ekor Itik Tasik Pustaka

Bismillah....alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas. Dan alhamdulillah, pagi ini diberi peluang untuk menikmti kesegaran udara pagi di dunia kenyalang ini. Seperti yang dirancang malam sebelumnya, aktiviti berjoging dimulakan pada pagi ini. Hehe...tempatnya adalah di.... (warga Kuching mesti tahu tempat ini di mana kan???^_^)

awal pagi itu, saya dan adik dihiburkan dengan gelagat 3 ekor itik yang berenang di tasik tersebut. Melihat kedatangan kami berdua, semuanya mula meluru ke arah kami. Mungkin memikirkan di tangan kami ada makanan untuk diberi... Tapi mereka nampak hampa bila tiada apa yang dihulurkan malah hanya melihat gelagat saya yang sibuk mengambil gambar....

Dialog 3 itik...

"Cepat,cepat!! Ada orang nak bagi makanan!!"

Ketua: "Lajukan gerakan kaki kamu semua. Kita hampir sampai."

"Dah pun sampai. Tapi, kenapa diorang tak bagi apa-apa pun??"
"Mereka ambil gambar la...nak posing sikit. Tengoklah kaki saya ni....."

"Diorang bukan nak bagi makanan...huhu. Dah, jom kita pergi," kata itik 2.
"Sabar dulu, kita tunggu lagi kejap," itik 3 membalas.

"Memang tak ada makanan, jom kita pergi..." (kehampaan)

Maaf itik, kami tak ada makanan nak bagi buat kamu semua. Tapi takpe, minggu depan kami datang lagi bawak makanan.....!!!

Sekian, terima kasih. ^_^

p/s: Kagum melihat itik yang pandai berenang. Kelihatan seperti duduk tenang sahaja di atas air. Indahnya ciptaan ini, subhanallah.... (bisikan hati insan tak pandai berenang)...




Kuih Apam Polkadot

Akhirnya, kali kedua percubaan membuat kuih apam ini akhirnya berjaya. alhamdulillah...Masa percubaan kali pertama dulu, tepung apam tak naik macam kali kedua ni. Dan akhirnya adunan tu saya jadikan kuih lapis yang tak berapa nak lapis. Haha...^__^.

Terima kasih atas resepi rakan-rakan...pusingan pertama je adik dah makan sampai 6 biji.... Tapi den lagi la banyak..haha....


apam ada kawah-kawah jerawat...^__^

Saturday, September 10, 2011

Myvi baru...naklah!!!

Malam tadi terdengar ada satu lagi myvi keluaran proton bakal dikeluarkan. Myvi 1.5 sisi, 12 September ni dah boleh tempah kalau tak salah. Fuhhh tercabar betul dengan keluaran terbaru ni. Memang dari dulu lagi dok intai je myvi ni. Walaupun ada lagi kereta yang power, myvi juga menjadi idaman hati.

Ya Allah, permudahkanlah saya untuk mendapatkan kurniaan ini...^__^ myvit0, pasti ada daripada kamu adalah milikku. Tunggu mama beli ya...!!!!




Friday, September 9, 2011

10 soalan yang perlu disoal sebelum bertunang


Bismillah....

seperti yang kita tahu, bertunang adalah khitbah yang menunjukkan wanita itu 'terikat' dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya. Ia adalah langkah awal sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.

saya telah terbaca satu artikel dari I Luv Islam mengenai persoalan yang boleh ditanya sebelum berkhitbah untuk menjamin masa hadapan rumahtangga yang bahagia dan terjamin. dan saya ingin kongsikan bersama rakan-rakan especially buat mereka yang akan menempuh alam ini.

Selamat bertanya....

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Artikel daripada laman I Love Islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram