Wednesday, October 10, 2018

Bila Diri Rasa Tidak Dihargai

 
 
Bismillahirrahmanirrahim..Ini untuk kamu-kamu yang merasa tidak dihargai..
Semua manusia ingin rasa dihargai. Tidak kira dihargai sebagai teman, dihargai sebagai suami atau isteri, dihargai sebagai ibu bapa, dihargai sebagai pekerja atau majikan dan sebagainya. Apabila semua perkara kita laksanakan, semua hal kita korbankan, semua usaha kita tunjukkan namun masih tidak dipandang oleh orang lain, betapa sedihnya, betapa ruginya usaha kita laksanakan.

Namun semua, kembalikan pertanyaan ini kepada kita sendiri. Adakah penghargaan manusia atau penghargaan Allah yang sebenarnya kita raih? Tidak mendapat perhargaan manusia, pantaskah untuk kita bersedih? Kepada manusiakah kita menyerahkan segala penat dan jerih? Tanyakan pada diri, adakah rasa penyesalan itu masih?

Kamu yang merasa tidak dihargai..
Jom, mari kita sama-sama merenung kembali. Mari sama-sama kita perbetulkan niat dan diri. Jika ada satu pintu yang kita ingin buka dan masuk ke dalamnya. Dengan sepenuh usaha kita daki tangga ke sana. Namun jika Allah kata pintu itu bukan untuk kamu buka, maka tidak akan kamu dapat walaupun kamu merana. Kerana yakinlah, ada pintu lain yang lebih tinggi darjatnya. Ada pintu lain yang lebih tinggi pandangannya. Ada pintu lain yang akan kamu buka dengan penuh senyuman lantas kamu memandang ke pintu sebelumnya dengan penuh hikmah. 

Kamu yang merasa tidak dihargai...
Jom, mari kita pacakkan niat kerana Allah. Kerana Allah lebih tahu hatimu dan segala perkara yang berkaitan denganmu. Jika apa yang kamu inginkan itu kamu capai dan perolehi, Allah tahu, jika hatimu akan lebih bongkak dan riak pada apa yang kamu perolehi. Allah tahu, jika kelaknya kamu akan melihat bahwa kamu adalah manusia sempurna, tiada siapa yang dapat menandingi. Lantas ketahuilah, betapa Allah ingin memeliharamu. Allah ingin menjagamu. 

Kamu yang merasa tidak dihargai...
Senyumlah.. bertenanglah... berzikirlah.. 
Kerana satu hari, kamu akan turut tersenyum. Kerana orang yang bahagia setelah datangnya ujian padanya akan merasa lebih bahagia. Yakin... Bismillah...


Monday, March 12, 2018

Workstation Di Rumah

Bismillahirrahmanirrahim. 
Al kisahnya memang dari dulu lagi ada impian nak buat satu sudut workstation di rumah. Jadi oleh sebab bilik ada 3 kat atas, satu untuk Rafi, satu untuk Aufa (walaupun dua-dua masih berkepit tidur bilik ibu ayah), jadi ibu ayah sepakat nak buat kat dalam bilik sendiri je.
Selepas 2 tahun, baru tergerak lagi hati nak betulkan workstation ni. Jadi, semangatlah kan nak tengok idea2 orang lain dan jumpa jugak beberapa idea yang amat memikat hati.


Dua gambar ni idea kak Aty.. Kemas sangat workstation dia. 

Idea ni pun boleh tahan. Simple dan menarik.

Semua gambar kat atas ada shelves untuk letak fail-fail. Oleh sebab shelves tak ada lagi, sempat beli meja ikea je hari tu di Boulevard, kerusi pun guna kerusi meja solek je dulu. (punyalah excited nak buat workstation), dan inilah hasilnya..


Workstation separuh siap..haha.. 
Mula-mula jumpa meja di Boulevard Mall, Kuching ada dua jenis. Satu yang ada laci, harga dalam RM400 lebih. Husband cakap dia berkenan dengan meja yang lagi satu ni. Harga dalam RM150 je. Jadi sepakat beli yang murah je..hehe. 


Akhirnya..tapi masih banyak lagi yang perlu diatur. Next ialah misi mencari kerusi dan lampu meja pulak.

Monday, January 1, 2018

2018 - Monolog Hamba Yang Bertambah Usianya

Alhamdulillah puji segalanya untuk Dia
Nafas dipinjam masih
Hanya untuk khidmat sebagai hamba
Nyata tahun ke 30 ini
Kasih bahagia dan ujian menimpa

Nyata
Isteri itu banyak tanggungnya
Kerana itu bukan mudah menjadi isteri
Lagi jika peranan isteri 
Bukan ditanggung semuanya oleh isteri
Bingung??
Hanya Allah yang tahu
Mudah??
Hanya yang mengerti sahaja yang tahu
Kerana itu, bila akad sudah dipateri 
Sebaiknya buruk dan baik
Pasangan anak ataupun kediaman
Hanya tertentu sahaja menjadi saksi
Hanya tertentu sahaja menjadi penyimpan

Namun
Jika tertulis oleh takdirnya itu
Tinggal sendiri menilai diri
Tinggal sendiri membenteng hati
Alhamdulillah
Masih ada yang Allah beri

Nyata
Menjadi ibu juga bukan mudah
Ibu yang mampan mungkin
Bukan kerana anak
Bukan kerana didikan
Tapi kerana hubungannya bersama Pencipta
Dia culas..
Maka Allah culaskan usahanya

Namun
Tahun baru menambahkan
Usia dan juga kepintaran
Lantas ibu juga harus bertambah pintarnya
Harus bertambah taqwanya
Moga Allah bantu
Moga Allah redha

Ya Allah
Moga 2018 ini
Menjadi hamba taqwa
Menjadikan hamba lebih rapat
Bercurhat hanya padamu
Dalam susah dan senang
Dalam kuat ataupun lemah
Hamba redha..
Allah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram