Saturday, January 5, 2013

Cinta Ini KeranaMu 2


 
 
  Alhamdulillahi rabbal alamin.. syukur kerana masih lagi diberi kesempatan menempuhi kehidupan di tahun yang baru. 2013…tahun yang membawa seribu kenangan dan kelainan dalam kehidupan saya sebagai seorang insan yang kerdil. Life was a SECRET and SURPRISE and it will always be a SECRET and SURPRISE for us. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan sepanjang tahun yang lepas. Fuhh!!
Selepas melewati tahun 2011 yang penuh kenangan termasuk majliskonvokesyen yang ‘luar biasa’, tahun 2012 menyinar buat saya setelah mendapat tawaran berkhidmat dalam agensi yang memberi peluang untuk berbakti terutama dalam bidang bahasa Arab.

Dan apa yang lebih bermakna buat saya yang bergelar wanita, status saya juga berubah daripada ‘bujang’ kepada ‘sudah berkahwin’ pada tahun 2012..(huhuu..yeke?) Honestly, memang tidak dijangka apa yang berlaku dalam hidup ini. Teringat lagi post yang pernah saya terbitkan dulu (Apa Rahsia 2012?) "Umur 25 tahun ini mungkin masih awal lagi untuk 'itu' atas sebab-sebab tertentu..:)"..Eleh..Berlagak je kan? Tapi, lihat sekarang……haaa… siapa yang dapat menolak takdir Allah? Tepat-tepat umur 25 tahun, saya sudah pun bergelar isteri kepada seorang suami..=')

Apabila diingat semula, apabila diperhatikan kembali, ‘perubahan’ yang saya alami ini berlaku dengan sekelip mata..walaupun banyak kesedihan yang saya alami dalam satu sudut, namun semuanya berjalan lancar tanpa banyak halangan dalam sudut yang lain. "Kalau sudah jodoh dan tertulis dalam suratan kita, segalanya pasti akan menjadi senang dan mudah buat kita. Begitu juga sebaliknya. Cubalah untuk ikhlaskan hati pada takdir yang diterima," (kata-kata seseorang yang amat disayangi..) Walaupun sebelumnya saya pernah ‘bahagia’, walaupun sebelumnya saya pernah merasa ‘dimiliki’, namun segalanya Allah sudah bentangkan, saya bukan ‘milik sebenar’ kepada ‘orang yang memiliki’ sebelumnya.


KALAU BENAR CINTA, BIARLAH CINTA ITU MEMBAWA KITA KE SYURGA, KALAU BENAR RINDU, BIARLAH RINDU ITU MEMBAWA KITA KE SYURGA, KALAU BENAR SAYANG, BIARLAH SAYANG ITU MEMBAWA KITA KE SYURGA..KERANA TIADA CINTA, RINDU DAN SAYANG YANG MEBAWA KITA KE NERAKA MELAINKAN CINTA, RINDU DAN SAYANG DARIPADA NAFSU SEMATA-MATA

Untuk semua anugerah ini, saya bersyukur dan berterima kasih pada ibu dan ayah yang amat bersabar sepanjang menjayakan perkahwinan anaknya ini. Terlalu banyak kelukaan yang saya serapkan dalam hati ibu dan ayah satu masa dulu. Semuanya untuk menurut kemahuan hati saya sendiri. Namun, mereka masih tetap bertahan kerana mereka lebih tahu perangai anak yang ‘degil’ ini.




Terima kasih juga buat sahabat-sahabat..Kak Asmat, Kak Nora, Mbok Liza, kak Fizah, kak Diana, kak San, Ellysha, Sarah dan Aimi yang selalu menyaksikan kehujanan air mata saya dan juga atas kata-kata penguat yang diberikan dahulu. Tanpa kalian juga, tahun 2012 pasti akan menjadi tahun pedih buat banyak hati disebabkan oleh diri ini. Nyata, dengan menjaga hati insan-insan lain sebenarnya lebih menenangkan daripada menjaga hati sendiri kerana pastinya Dia ada dalam kehidupan ni.






Nyata, Allah mengurniakan seorang insan yang menerima saya seadanya, insan yang tidak pernah merungut pada kekurangan yang saya miliki, insan yang tidak pernah bermasam muka ketika saya lambat bersiap untuk keluar (heee….), insan yang menerima keluarga saya seadanya kami, insan yang tidak pernah meminta dan berharap saya berubah seperti apa yang dia mahu, insan yang menghargai dan dapat menilai bagaimana bezanya untuk melayan isteri dan kawan perempuan, insan yang sanggup dan berani menerima serta berusaha menambat hati yang pada waktu itu masih kaku dan beku untuk menerima dia.


Bersanding bersama dengan adik lelaki..


Your smile is the most wonderful thing for me, mom and dad.. Please forgive me for every sins that I've done before..


"Jangan mengharap pasangan setampan Yusuf, jika hati tidak semulia Zulaikha. Jangan mengharap pasangan semulia Ibrahim, jika diri tidak setabah Sarah dan Hajar. Jangan mendamba pasangan seagung Muhammad, jika hati tidak seindah Khadijah. Perbaiki diri sendiri menjadi yang terbaik, dan Allah pasti akan kurniakan juga yang terbaik buat kamu." Tazkirah Ustaz Baharuddin yang menusuk hati..










Rasulullah pernah berpesan,

"Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya."



Sabdanya lagi,

"Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya."


Fikry's nieces and nephews!!







Keluarga besar Fikry (dan saya juga)..wink#
It was the first for me to meet all of the family members. Kind of nervous at first but they were such nice sisters and brothers. Dalam hari itu juga, Fikry got another 5 brothers and another sister, and me myself, I've got another 6 sisters and a brother...^_^ opps!! And also 14 nieces and nephews............


Keluarga yang banyak memberi dorongan juga dalam kehidupan seorang insan lemah ini.


syukran sahabat..



Berbanyak-banyak terima kasih buat semua yang banyak membantu dalam memeriahkan majlis yang lepas. Everything that have been done by all of you will be such wonderful memory for me..
Kesedihan yang dialami sebelumnya membuahkan perasaan yang tersangat bersyukur atas apa yang saya alami dan dapat sekarang. Moga cinta ini dapat membawa dan mengurniakan sebuah keluarga yang bahagia, sakinah, mawaddah dan rahmah buat semua..amin.......=)

p/s Teringat kata-kata terakhir seorang saudara sebelum beliau pulang daripada majlis, cinta selepas kahwin itu sangat indah.. setiap hari adalah hari perkenalan buat suami dan isteri. Dan sekarang alhamdulillah, saya sedang merasainya..

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram