Saturday, April 28, 2012

Abang teksi eksekutif




Bismillahirrahmanirrahim..
Petang tadi alhamdulillah selesai juga bengkel pertama yang saya hadiri untuk bulan ini. Oleh sebab tidak mahu meminta pemand untuk menghantar ke pejabat, saya lantas berfikir untuk mengambil teksi. Namun, kaget sebentar apabila diminta menaiki teksi eksektif biru yang besar. Apa yang saya fikirkan pada waktu itu tentu harga yang akan dikenakan. Lantas, berlakulah perbualan berikut di dalam teksi:

Saya: Em, teksi ni guna meter ya bang? (sambil tengok meter)
Abang teksi: Haah dik, guna meter.
Saya: Oh...(diam sebentar) 'jam' teruk kan sekarang?
Abang teksi: Waktu macam ni memang waktu jam teruk dik. Tak apa, nanti adik bayar RM15 sahaja untuk tambang ya. Sebab kalau ikut meter, mahal  lagi sebab jam. Abang dah pernah naik teksi dan merasa apa yang adik rasa. Abang faham..

Mendengar tawaran itu, saya lantas menolak. Namun, abang teksi masih berkeras, lantas keluar kisah-kisah pahit beliau sebelum megambil keputusan untuk memandu teksi. Mengikut kisah beliau, sudah  2 kali beliau mengalami 'kejatuhan' akibat khianat kawan sendiri. Sekarang, beliau terpaksa melakukan  pekerjaan dalam usaha untuk melunaskan hutang. Sedih juga mendengar luahan hati beliau. Sebentar kemudian, saya terfikir, masih ada juga insan seperti beliau yang tidak suka mengambil kesempatan pada orang lain walaupun akan memakan diri sendiri. Semoga abang teksi diberi kemudahan dan dimurahkan rezeki oleh Allah. amin..

p/s: Berapa beratkah dugaan yang pernah kita tempuh? Bersabarkah kita tatkala menjalani dugaan yang diberi? Sebesar manakah kesabaran yang kita miliki? sebesar-besar dugaan yang kita lalui, ada lagi yang lebih besar dugaannya. Sabarlah, dan jangan pernah berhenti untuk berusaha mengatasi segala dugaan...


Wednesday, April 18, 2012

Memilih pasangan hidup


Bismillah...saya ingin kongsi status yang telah dipostkan di wall facebook..
Jadi, jom kita sama-sama baca ya..


“Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”

Suatu Hari..

Seorang anak gadis bertanya kepada ibunya: “Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”

Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya.”

“Nak, pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia.

Pilihlah dia kerana imannya."

“Bu, bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.

“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.”

“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu…
Lalu jika hari itu tiba…

Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”

“Istikharahlah..

Dan.. Jika pilihanmu yakin padanya…

Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.

Rasailah cinta bersamanya…

Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…

Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian..

Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…

Saling memperbaiki akhlak..

Mengikuti langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.

Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.

Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..

Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.

Dan…

Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..”


Monday, April 16, 2012

Cabaran bermula..


Bismillahirrahmanirrahim...
Tak tahu kenapa hari ini agak sedikit penat dalam kepala..=( Ini agaknya cabaran yang perlu ditempuhi sebagai orang yang bekerjaya. Banyak juga kisah-kisah yang kurang senang yang menjadi buah mulut staf yang amat membimbangkan hati. Sabar Hajar...semoga Allah memberi kekuatan mental dan fizikal dalam menjalankan khidmat kepada orang ramai terutamanya warga muslimin di bumi kenyalang...Amin....

mood: penat+sedih+risau= LUAH

Sunday, April 15, 2012

Zahra Lari, 'Puteri Ais Berhijab'



Bismillahirrahmanirrahim..
Apa habaq semua? Harap sihat sokmo deh..^_^ Pernah tak tonton sebuah cerita korea yang disiarkan dalam TV2, pukul 5 petang kalau tak silap...Kisah seorang wanita yang menceburkan diri dalam bidang skate ais..(ice skating) yang hidup bersama abang dan rakan-rakan abangnya. Saya pun tak pasti apa tajuknya, tapi yang pasti mereka yang meluncurkan diri sambil 'membentuk' badan di atas papan ais tu memang menarik kan? Macam mana lah diorang boleh berani nak main sukan tu? dahlah sejuk...jatuh pulak kat atas lantai tu mesti sakit...O.0

Tapi bukan ini yang menjadi perhatian saya, tapi kisah yang saya baca daripada Yahoo News yang mengisahkan mengenai pemain luncur ais wanita pertama yang mengenakan hijab ketika mempersembahkan persembahannya. Wah!! Sangat teruja..

Zahra Lari, peluncur pertama yang mewakili Gulf dan pertamanya menggunakan hijab dan seluar panjang ketika bermain. Melalui pembacaan saya, di tempat beliau, aktiviti sukan di kalangan wanita tidak begitu menyerlah. Mungkin kerana 'pemakaian' itu yang menghalang, tapi sudah terbukti, dengan menggunakan hijab, kita sebagai wanita masih mampu melakukan perkara lain terutama sekali perkara yang amat perlu dalam kehidupan iaitu bersenam dan bersukan..^_^ Tahniah Lari!! Di bawah ni adalah foto beliau di pentas luncur..semoga beliau terus sukses...

bersama jurulatih...


kredit: Yahoo News

Thursday, April 12, 2012

Alhamdulillah masa mereka sudah tiba..


Alhamdulillah hari ini genap seminggu bekerja di tempat baru. Waktu kerja hari ini terasa seronok dengan kehadiran anak kepada seorang rakan yang berusia 5 tahun. Nur Natasya Airin, seorang srikandi comel yang petah berkata-kata. Siap story telling lagi dengan untie-untie die..^_^ Namun, apa yang dilihat, dia kelihatan seperti seorang adik kepada ibunya. Bukan kerana dia nampak tua, tapi ibunya yang muda semasa melahirkannya. Lantas terngiang-ngiang kata-kata beberapa orang sahabat yang mengatakan perkahwinan pada usia muda, inilah kelebihannya. Anak yang dilahirkan akan membesar dan kita pula masih muda. Apabila anak sudah besar, kita juga masih muda. Rasanya semua mesti memahami nya kan?

Apabila ditanya tentang umur saya sekarang, pasti ada yang akan menjawab, umur saya sekarang adalah usia emas untuk mendirikan rumahtangga. Saya memang akui itu semua, tetapi seperti biasa, ketetapan jodoh itu di tangan Allah. Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan...^_^

Ramai sahabat di universiti juga sudah pun selamat mendirikan rumah tangga... Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga mereka tabah menghadapi hidup berumahtangga agar saya juga dapat menjadikan mereka sebagai contoh kelak...

kak mahani: baru sahaja melansungkan pertunangan...cantik kan dia...^_^

kak Asmat, sekarang tengah mengandungkan anak sulung nya...^_^

mira: dia juga seorang blogger yang sedang meletop...^_^

yana, sudah melahirkan cahaya mata yang pertama..tahniah umi yana!! ^_^
kak syu, memiliki seorang puteri yang comel dan sihat...^_^

Selapas ini, akan ada banyak lagi gambar-gambar sahabat yang akan menyusul...alhamdulillah...^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram