Alhamdulillah atas segala kurniaan yang diberikan hingga ke saat ini. Akhirnya saya dapat menonton sebuah lagi drama melayu dari episod awal hingga akhir. Walaupun selalu menjadi penonton yang ketinggalan, (sebab tengok dekat tonton je kerana masa siaran yang tidak mengizinkan) tapi saya amay berpuas hati. Semalam drama Tentang Dhia sudah pen melabuhkan penyiaran terakhir dan saya pula melabuhkan tontonan drama ini baru pagi tadi sambil mengelip-ngelip mata menahan air mata..takut ada orang tengok..haha. ^_^
Dari semalam, ramai yang memberi komen tentang kisah ini di wall facebook masing-masing. Ada yang sedih dengan kesudahan cerita, ada yang geram dengan kesudahan Ku Salmi (mak mertua Dhia) yang tidak mendapat pembalasan yang sepatutnya, ada juga yang feeling terbang ke kayangan melihat kesudahan cinta Zikir dan Dhia sampai ke hujung hayat mereka.
Apa pun komen dan anggapan yang diberikan, sepatutnya dan sebaiknya penonton mengambil iktibar di sebalik kisah yang dipaparkan. Walaupun sampai sekarang masih 'terasa' dengan kesudahan kisah ini, tapi saya dapat melihat satu fenomena yang di 'highlight' kan dalam kisah ini iaitu KEMATIAN.
Kematian itu satu kesudahan. Kesudahan di dunia. Dalam drama ini, kita dapat melihat bagaimana kehidupan manusia dengan mudah dapat diambil semula oleh Penciptanya. Bermula dari kematian ayah Rafi, kawan dan ibu Melly, ayah Dhia, bomoh Pak Abun, mak Dhia dan akhir sekali Dhia dan Zikir. Mereka menghadapi cara kematian yang berbeza.. Tetapi apa yang penting, hidup ini sementara..memang sementara. Hidup sementara yang dipenuhi dengan amalan lebih baik dari hidup lama tapi dipenuhi dosa. Indahnya andai kita dapat tamatkan hidup seperti yang dilalui Dhia dan Zikir. Dhia dapat melafazkan syahadah sebelum memejamkan mata dan Zikir sempat membaca Yasin sebelum tidur dan terus tidak bangkit kembali. Itulah yang dikatakan cinta sampai ke syurga...Semoga kita sama-sama mendapat iktibar dan teladan dari kisah ini. Amin...
(huhu..tiba-tiba sebak bila teringat kembali kisah ini...Agaknya sebab kesudahan inilah kenapa Dhia dan Zikir memakai baju putih dalam lagu permulaan drama ini,kan.. ~sterotaip~..=.=')
Bismillah...lama dah rasa tidak mencoret kisah di blog ini. Masa semakin cepat berlalu. Sekarang tinggal 5 hari lagi menuju ke tahun baru. Banyak lagi perkara yang belum dibuat untuk tahun ini terutama sekali, kerja. Aaaaa, dah hampir sebulan konvo, kerja pun tak ada lagi. Banyak juga tempat diminta. Mungkin tak ada rezeki lagi, atau memang tak layak...huhu..
Minggu itu dalam sejarah. Minggu yang ditujukan pada hari konvokesyen, awal bulan Disember yang lalu. Saya sampai di kampus pada 1 Disember, flight pada pukul 6.45 pagi. Alhamdulillah sampai juga dan apa yang best, kat dalam flight, flight attendance bagi nasi lemak percuma!! sempena hari lahir yang ke......waktu masuk dalam flight dan cari tempat duduk, ada seorang perempuan cina ni yang duduk kat tempat saya. Lastly dia suruh duduk kat tempat dia. Nasib baik tak jauh. Mesti flight attendance tu ingat perempuan cina tu saya...:)
Itu kisah hari pertama. Hari kedua, 2 Disember.
Pagi tu, tiba-tiba semangat pula nak iron baju untuk konvokesyen. Baju baru tuuu!!! Tapi seterika pula tak ada. So, saya naik tingkat atas pinjam seterika dengan Nor, junior kat sekolah dulu. Waktu mula-mula buka, seterika tu macam rosak, tak panas-panas. So, saya biarlah dulu. Then, mak pulak telefon dan seterika masih dibiar, kononnya nak suruh panas. Dah habis telefon, punya lah semangat nak iron, letak je iron kat baju.........aaaaa lekat... angkat je iron....alamak dah berlubang..!!! peh, sedih nye hari tu. terus letak baju tu balik dalam beg..*_*
Then, dalam pukul 11 lebih, mak telefon balik bagi berita yang bertambah2 sedih.. "Siti, kami terlepas flight...bukan pukul 1 flight hari ni, tapi pukul 10 pagi tadi..." Terus rasa nak jatuh jantung dengar mak cakap macam tu. Berserabut otak nak fikir penyelesaian, tak lain tak bukan, kena beli tiket baru. *_* Lepas tu, ayah pula telefon, "Siti, mak ayah tak ada duit nak beli tiket baru. Jadi, maaflah mak ayah tak dapat datang untuk konvo esok." huhu...tak tahu nak cakap apa dah waktu tu.
Nasib baik adik yang duduk kat sentul tu datang dan tolong selesaikan. Mungkin rimas kot tengok kakak die asyik nangis je. haha...^_^' Dan dengan bantuan beberapa orang yang baik hati, duit pun ada untuk beli tiket. Tapi, ada lagi masalah, tiket pulak habis untuk hari tu. Yang ada, hanya tiket VIP, tu pun untuk seorang... Ya Allah, Dia je tahu macam mane. Hati pun dah redha dah kalau mak ayah tak datang. Tapi mata je tak redha asyik nak keluarkan air je..huhu..
Lastly, tak ada ikhtiar lain, just ayah je yang datang malam tu. Dan keesokan harinya, baru mak dan adik-adik sampai. Tu pun malam. Jadi, konvokesyen pada 3 disember tu, hanya dihadiri oleh seorang adik dan ayah sahaja. Tapi sekurang-kurangnya, mereka ada untuk melihat..:) tapi agak sedih mak tak ada bersama...
Begitulah sejarah di hari konvokesyen saya yang telah lalu. Semua ni memang memberi pengajaran untuk kami semua terutama sekali saya sendiri. Dan apa yang penting, kita hanya merancang, Allah lah sebenar-benar penentunya...Huhu...tapi alhamdulillah, tamat sudah pengajian saya di situ. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dicurahkan kepada orang lain..amin...
Minggu itu dalam sejarah...jangan kembali lagi ya..