Bismillahirrahmanirrahim..
Hari
ini, 10 Disember 2012, genap 10 hari menjadi seorang isteri kepada
seorang suami. Menaip blog pertama sebagai isteri pada waktu ini memang
tidak dijangka. Allah perancang yang terbaik pada hambaNya. Dan
semestinya untuk blog pertama kali sebagai isteri ni, mestilah blog
berkaitan perkahwinan yang dilalui...
Honestly,
banyak sangat dugaan yang dihadapi sebelum menuju ke arah ini. Saya
selalu mendengar bual bicara pendengar dengan Prof Muhaya yang
kebanyakannya mengadu nasib rumahtangga mereka dan meminta pendapat. Dan
perkara pertama yang akan dijawab oleh Prof Muhaya adalah satu
pertanyaan yang dikembalikan semula kepada mereka.."Sebelum kamu terima suami kamu, pernah tak kamu tunaikan solat istikharah?"
Walaupun perkara ini ternyata tidak dapat diulang semula oleh sang
pendengar, tapi saya pasti pertanyaan itu adalah sebagai saranan
sebenarnya buat siapa yang belum dan akan mendirikan rumahtangga.
Kadang-kadang
ada perkara yang saya fikir 'bijak' untuk menghentikan perjalanan
persediaan perkahwinan. Semakin menghampiri detik itu, segalanya seperti mudah untuk
dijalani. Semakin hampir juga, semakin banyak 'hikmah' dirasai terutama
sekali di kalangan keluarga.
Rancangan
tahun 2012 ni hanya untuk menguruskan majlis perkahwinan adik lelaki
saya yang sudah bertunang, namun rancangan Allah itu mengatasi
segala-galanya.
Seminggu sebelum majlis |
Ayah menyerahkan segala tanggungjawab yang selama ini ditanggung olehnya kepada suami yang akan menjadi pendokong, ketua dan kunci untuk ke syurga..insyaAllah...
Tatkala mendengar khutbah daripada ustaz, saya dapat merasakan satu dorongan untuk saya mengubah dri dan hati pada apa yang sepatutnya saya lakukan pada waktu itu. Dan akhirnya, dengan sekali lafaz, saya sudah sah bergelar isteri kepada Muhammad Fikry Sjamun, insan yang baru sahaja saya jumpa 6 bulan sebelumnya, dan akhirnya mengangkat akad dan menjadi suami saya yang sah. Subhanallah....
Ellysha, sahabat yang banyak memberi dorongan selama saya berada dalam keadaan yang menggelisahkan...
Waktu ni tiba-tiba pula mengalir air mata. Eceh..
Malu juga mula-mula nak pegang tangan suami..^_^
Sekarang, sebagai seorang isteri, menjadi kewajiban buat saya mencintai suami saya. Menjadi kewajiban buat saya menjaga hatinya..kerana dialah insan yang Allah tetapkan untuk saya. Kekurangannya serta kelebihannya harus saya terima seadanya. saya harus berusaha untuk menjadi tulang rusuk yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan padanya sepanjang kehidupannya dunia dan akhirat. Alhamdulillah, saya dapat merasai pengalaman bercinta selepas kahwin...
Sekarang, sebagai seorang isteri, menjadi kewajiban buat saya mencintai suami saya. Menjadi kewajiban buat saya menjaga hatinya..kerana dialah insan yang Allah tetapkan untuk saya. Kekurangannya serta kelebihannya harus saya terima seadanya. saya harus berusaha untuk menjadi tulang rusuk yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan padanya sepanjang kehidupannya dunia dan akhirat. Alhamdulillah, saya dapat merasai pengalaman bercinta selepas kahwin...
Jurugambar suruh tengok mata suami..tengok satu saat terus pandang tempat lain.. |
Jangan pernah mengeluh pada masalah kamu..ingatlah pada Allah. Tetapkan pada hati, Allah itu lebih besar daripada masalah-masalah yang kamu hadapi. Hidup yang berlandaskan redha Allah pasti akan bahagia.
Buat
suamiku..maafkan saya kerana membuatkan kamu menangis
sebelumnya..maafkan saya kerana membawa kamu ke suatu keadaan yang
'pedih' tatkala orang lain bergembira menanti hari bahagia. Namun,
kesabaran yang kamu tunjukkan akhirnya membawa kita ke tahap ini.
Kehadiran kamu akhirnya memberi suatu pengertian dalam hidup bahawa
Allah berhak mengambil dan memberi apa sahaja yang Dia mahu. Kehadiran
kamu membawa saya mengenali cinta mana yang lebih berharga di mata
Pencipta...
Selama mana juga kamu menjalinkan hubungan dengan seseorang yang bukan jodoh kamu, kamu tidak akan tetap bersama juga akhirnya. Sekuat mana cinta kamu kepada kekasihmu, pasti akan terputus andai Allah tidak tetapkan dia untuk kamu. Itu namanya jodoh. Tidak semua yang kamu mahu akan kamu dapat..Bila sampai jodohmu, jagalah dan peliharalah ia kerana Allah...moga mawaddah dan sakinah akan sentiasa mengiringi kamu semua....