Sunday, July 24, 2011

Abah....Mak nak ceyai.....!!!


Saya terbaca satu laman yang menceritakan perihal cerai dalam laman HALAQAH. Mari baca bersama-sama....=)

Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) :sedihnya:..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili.alahai...aku senyum
sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...

'abah...mak nak cerai...'

Aku tersentap...mataku otomatik berpinar...rokok tetap maintain kt mulut...

Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..:senyum:) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..

dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!

'Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..lau berani buat lah...YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU!

Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...

HAH SERAI???????

Betuah punyer anak...pelat....Ceyai Vs cerai...B carefull ngan bahasa anak anda...

Jgn biarkan hidup anda diselebungi Misteri ....

Derita hati si Isteri

Perkahwinan itu adalah perkara yang memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada setiap insan. Namun, kenapa masih ada yang sengsara dan derita sepanjang menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Sekadar perkongsian bersama, saya baru sahaja berjumpa dengan seorang teman yang sudah 26 tahun menjalani kehidupan berumah tangga. Teman yang amat akrab dengan saya. Sepanjang menghadapi kehidupan berteman dengannya, kebanyakan kisah yang berkaitan dengan rumah tangganya lebih kepada isu kesedihan, kekesalan, kesakitan yang lebih kepada hati dan mental. Menjalani hidup dengan suami dan 6 orang anak padanya lebih kepada kesedihan daripada kegembiraan.

Bermula dengan sikap suami yang bersikap autokratik terhadap isteri dan anak-anaknya. Kesannya, anak-anak kelihatan takut untuk berdepan dengan si ayah. Lansung tiada gurau senda, wajah kegembiraan pada anak-anak saat berhadapan dengan si ayah. Apa yang ada, hanya ketakutan sehingga semua perkara dilakukan tanpa ikhlas hanya kerana takut dimarahi. Ini yang dapat saya dengar dari luahan si anak. Walaupun kedudukan ekonomi kelihatan stabil, tetap tidak memeberi kepuasan hati kepada si ayah kerana mahukan 'kelebihan' yang lebih lagi. Lantas, anak-anak yang memerlukan duit untuk perbelanjaan seharian akan menerima panahan kemarahan tiap kali duit diminta sehingga mereka takut untuk meminta-minta dengan si ayah.

Kesan daripada sikap ini, bebrapa orang anak nya juga turut bersikap ganas dan autokratik. Mana lagi tempat tumpahnya kuah jika tak di nasi....

Si ibu pula yang hanya surirumah sepenuh masa, tidak memiliki apa-apa pendapatan untuk diberi kepada anak-anaknya. Malah, si ayah amat-amat jarang memberi duit perbelanjaan persendirian kepada isterinya. Isteri sekadar duduk di rumah membuat perkerjaan-pekerjaan di rumah. Malahan, orang gaji juga akan dibayar setiap bulan walaupun tugasnya juga di rumah sahaja. Amat sedih mendengar cerita ini.

Apa yang lebih malang, 'kekurangan' yang ada pada isteri sering menjadi hinaan dan sindiran di kala suami berada bersama rakan-rakan yang lain. Hati bertanya, di mana kedudukan isteri yang sepatutnya diberi oleh suami??

Apabila mengetahui perihal kisah ini, saya memikirkan apa yang harus dilakukan. Lantas, saya mencari jawapan di sekitar laman-laman yang banyak di media internet. Namun, kebanyakan jawapan yang diberikan adalah bersifat teori sahaja. Nasihat untuk bersabar dan bertahan. Namun, setiap orang ada batasannya yang tersendiri. Bukan menyalahkan jawapan yang diberi, tetapi tindakan yang lebih praktikal adalah perkara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun, seketika saya sedar, saya juga tidak dapat mencari penyelesaian yang terbaik. Maka, saya juga sama seperti mereka. Terlalu banyak ilmu yang kurang perihal perkara ini. Dan semestinya, saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia, dan berdoa untuk kebaikan sahabat. Moga mendapat penyelesaiannya. Amin ya Rabbal Alamin..... =(

Saturday, July 23, 2011

Hak Wanita Sebelum Berkahwin

Pagi ini saya terbaca artikel yang dikeluarkan dalam majalah Anis mengenai hak-hak wanita dari perspektif Islam. Terdapat satu keratan artikel yang dibentangkan oleh Ustazah Zawiah Hassan perihal 7 hak wanita sebelum berkahwin. Jadi, ingin saya kongsikan bersama teman-teman sekalian especially kepada wanita..*yang sudah berkahwin juga harus mengetahuinya....

7 hak wanita sebelum berkahwin adalah:
  • Hak menyatakan persetujuan terhadap perkahwinannya sendiri.
  • Hak menuntut ganti rugi jika ia terlibat dengan kes putus tunang.
  • Hak untuk tidak dipaksa berkahwin.
  • Hak mendapat wali hakim sekiranya ketiadaan wali nasab.
  • Hak mendapat atau menerima mas kahwin setelah menjalani akad nikah.
  • Hak menerima dan menyimpan surat akuan nikah dan perakuan taklik.
  • Hak untuk mendaftarkan perkahwinannya.
Semua yang dinyatakan lebih kepada aspek munakahat pada wanita. Ada banyak lagi hak-hak yang telah ditetapkan untuk wanita. Jadi, tidak salah mengatakan wanita itu adalah istimewa....^____^

Monday, July 18, 2011

lari cepat lari...!!!!

Bismillahirrahmanirrahim......
Alhamdulillah, lama dah menyepi dari laman blog ni. Entahlah kenapa rasa macam 'kurang' sikit nak update kan...n tak tahu kenapa, malam ni rajin pulak...=)
Jumaat lepas, ana n akhi, aimin, datang ke padang jubilee di padungan sebab ada Hari Sukan SJK Sg Apong n SJK Bintawa. Pagi tu terpaksa bangun n mandi awal2 pagi macam nak pegi sekolah...=)
Sampai je di Padang Jubilee, ramai dah guru,ibu bapa dengan anak2 diorang kat sane.


Muka bangun tidur...semangat kumpulan merah!!!

Perbarisan dari pelajar..

Pengetua SJK Sg Apong beri ucapan...mula-mula u memang tak faham sebab guna bahasa Cina...
NAsib baik ada translate balik bahasa melayu... =)

Tak tahu nape, tergelak tengok gelagat diorang lari dalam guni...SEMANGAT BETUL!!!

Ni pulak acara lumba lari...

Pagi tu, memang tengok orang lain punya acara je. Adik sendiri xde pulak. Tu pun, dia marah sebab cikgu tak pilih die dalam mane-mane acara... Aimin x laju lari la maksudnya tu syg.....=P


N LASTLY.....

Keluar dari padang, n terus jalan-jalan ambik gambar kat luar sebelum balik rumah...haha...

Sekadar Gambar Promosi...di belakang bas..... ^___^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram