Friday, August 26, 2011

KETIKA ALAM BERTASBIH

Terungkainya Misteri Alam Melalui Petunjuk Al-Quran dan Sains

Langit yang tujuh, bumi, dan semua yang ada dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan mereka bertasbih dengan memuji-Nya, namun kamu semua tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia adalah maha penyantun lagi maha pengampun.”

Surah al-Israk, ayat 77

Tentu Anda Ingin Tahu:

  • Mengapa langit digelar 'atap' dunia?

  • Kewujudan sungai dalam laut

  • Air dan kunci ke syurga

  • Di manakah 'paru-paru' dunia?

  • Adakah sains membuktikan al-Quran?

Dalam surah al-Anbiyak, ayat 79, Allah menyatakan, “Dan sudah Kami tundukkan gunung-gunung dan
burung-burung, semua bertasbih bersama Daud.”

Timbul pula persoalan dalam benak kita, 'Bagaimana gunung dan burung bertasbih?'

Gunung dan burung bertasbih dengan melaksanakan tanggungjawab mereka, supaya proses alam berjalan dengan lancar, tersusun, dan teratur. Alam pula bertasbih dengan terus mematuhi aturan
yang ditetapkan oleh Allah.

Ketika Alam Bertasbih melihat perkaitan antara al-Quran, sains, dan alam.
Betapa istimewanya anugerah kitab suci Tuhan, apabila digabungkan dengan pencerapan sains
dan kesudian menghargai alam.

Ketika Alam Bertasbih membongkar dan membedah keistimewaan alam.
Apabila kita berjaya menyebar keistimewaan alam, kita mendengar panggilan alam supaya supaya turut sama bertasbih. Bukan sekadar mengucapkan
subhanallah, malah mengucapkan syukur,
dan menikmati apa yang ada pada alam dengan penuh rasa tanggungjawab.

Membaca Ketika Alam Bertasbih, semoga alam tidak sendirian lagi.


Ini adalah sinopsis bagi buku terbaru yang akan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd. Sebuah buku yang amat sesuai dibaca oleh semua. Buku yang mengaitkan kaitan alam dan Islam ini mampu memberi kesedaran kepada kita perihal kebesaran kuasa Allah sebagai penguasa alam semesta.

Ayuh bersama kita tambah ilmu dengan mempelbagaikan bacaan ilmiah seperti ini. Moga kita dapat menjadi seorang insan yang bersyukur dengan keajaiban alam ciptaan Allah ini.

p/s: Pada hari esok, 26 Ogos 2011 akan diadakan temubual dengan penulis buku iaitu Mohd Fadzil Akhir di Tv 9 pukul 8.30 pagi.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram