Friday, August 19, 2011

C.I.N.T.A.

Hari ini baru sahaja menerima undangan walimatul urus daripada seorang sahabat rapat. Sejak kebelakangan ini, banyak undangan yang dikirim tidak kira samada daripada kad ataupun sekadar nota Facebook. Gembira sekali mendengar sahabat yang berjuang bersama satu masa dahulu akan mendirikan masjid kebahagiaan bersama orang yang tersayang.

Sebab itu, mustahil la jika saya tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumahtangga. semua orang amat menginginkan suasana ini..(betul kan??) Tapi seperti yang selalu kita dengar, jodoh belum sampai. Walaupun sudah berapa banyak kali mak mengeluarkan suara harapan "Bila la mak nak ada cucuk tok..", kami adik beradik hanya tersenyum dan semestinya dia tahu keadaan yang sebenarnya.

Segalanya terserah pada ketentuan Allah. Semoga insan terpilih itu dapat terus bersinar di hati sehingga ke akhir hayat. Semoga apa yang dikatakan sebagai cinta itu adalah ikhlas dan jujur bukan semata kerana luaran semata. amin...

#monolog diri tatkala perjalanan pulang ke rumah#

2 comments:

  1. akk bla lagi???sy juga menunggu kad special ni..:)

    ReplyDelete
  2. hehe..akak kene carik duet dulu la dek..:D mira dulu la ye....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram