Hari ni dah hari yang ke 20 kita berpuasa..(eh, betul kan?).. Dan di rumah ni pun dah mula dah aktiviti nak sambut hari raya ni. Aktiviti utama die adalah mengecat... bukan buat kuih ye, tapi mengecat. Biasanya kalau di Sarawak, sebut je Hari Raya mesti pasal kek lapis, kueh2 raya kan?? Tapi sekarang, satu rumah tengah pening nak pilih warna yang sesuai untuk rumah tahun ni.
Okey, biar saya senaraikan apa yang ada sekarang. Now, of course la kena ada cat kan? Okey, cat yang sudah dibeli 'tanpa perancangan' oleh tuan punya rumah adalah biru muda, hijau tua yang memang tua setua-tuanya, dan warna jingga muda... Apa yang menariknya, semua warna2 tu adalah warna tema raya 2 tahun yang lepas dan tahun ni... huhu...^__^
apa yang menjadi masalah di sini, saya nak abang catkan rumah dengan 2 warna yang berlainan. Al-maklumlah sekarang tengok banyak rumah buat macam tu. Tetapi, warna yang dibeli amat tidak sesuai untuk dipadankan sesama sendiri. akhirnya, abang suruh buka internet carik apa yang sesuai. Dia hanya mengecat sahaja. Tanya pula mak, mak kata, "Mak ikut je, terpulang.." Ha....sudah.... Dengan tidak membuang masa, saya naik dan bukak laptop untuk cari 'rumah yang berwarna jingga'...
Waktu ni la teringat kat en Eric, kalau lah boleh pinjam otak kreatif en Eric kan best... huhu. N lastly jumpa gambar-gambar yang cantik dan tentulah daripada blog...
aaaa........nak macam ni jugak...!!!
No comments:
Post a Comment