Sunday, August 21, 2011

Pencemar pagi Ramadhan

Bismillah...pagi ini alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ni. Seperti biasa, Mawi akan bernyanyi untuk mengejutkan saya daripada tidur dengan nyanyiannya...(Mawi kat dalam phone ye) =)

Lepas tutup je alarm kat handphone, dengar pula bunyi nyanyian "Dua insan bercinta". eh, mana pulak lagu ni. Rupanya ada konsert live di kawasan kampung ni. Konsert live yang sangat sumbang. Saya segera bangun dan tidak mempedulikan konsert yang menyakitkan telinga tu. Baik makan daripada melayan.

Selesai sahaja sahur dan mengemas barang2 di dapur, saya naik semula ke dalam bilik. Kali ini konsert sudah tidak kedengaran. Mungkin sudah habis. Tidak berapa lama kemudian, terdengar bunyi orang mengilai. Kalau perempuan yang mengilai, mungkin meremang juga. Tapi, ini lelaki yang mengilai, naik menyampah pula. Lepas mengilai, ketawa pula tu. Satu kampung boleh dengar.

Ini mebuatkan saya berfikir, ibu bapa anak muda ini tidak menghiraukan mereka atau mereka yang ingkar pada kedua ibu bapa. semalaman meneguk air kencing syaitan dan membuat bising di kala orang lain memerlukan kedamaian, tidak adakah rasa bersalah pada diri mereka? Dan apa yang penting, perbuatan yang dilakukan pada bulan ramadhan yang mulia ini, apa yang mereka fikirkan? Kalau mereka itu adalah orang yang bukan beragama Islam, mungkin perbuatan itu adalah biasa, tapi.......

Dengar sahaja bunyi azan subuh berkumandang, mereka lantas diam. Hai, baik juga mereka ini.... Namun, selesai sahaja azan, pekikan mula berbunyi semula.

Saya hanya mampu berdoa semoga diberikan hidayah oleh Allah dan diberi pengampunan di bulan yang mulia ini. Selain itu, moga saya juga diberi pengampunan atas ketidak dayaan saya menegur serta kesalahan yang pernah saya lakukan dahulu. Rakan-rakan, tolong doakan untuk saya juga ya...=)

p/s: untuk pembaca, jadi budak baik ya..jangan nakal-nakal....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram