Thursday, April 28, 2011

Osman Affan & Tengku Asmadi

Semalam adalah hari ke-6 pesta buku antarabangsa di KL. Semalam pegi untuk event en Tengku Asmadi, en Osman Affan, dan Coach Sha. Ketiga2 insan ini memang berpengalaman dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak sekolah. Apa yang menarik perhatian saya adalah teknik ketiga-tiga insan ini menarik perhatian kanak-kanak sekolah bagi melihat dan mendengar apa yang hendak diperkatakan.

Pada mulanya, masing-masing hanya bercakap dengan menggunakan mikrofon sambil menerangkan buku yang sedang dipromosikan. Tapi, semua kanak-kanak sekolah yang lalu hanya melihat sebentar dan terus berlalu. Susah juga nak tarik perhatian diorang. hanya segelintir sahaj yang mengenali Tg Asmadi dan Osman Affan yang sudi singgah untuk mandengar atau mengambil gambar bersama. Bagaimana kalau yng datang itu adalah artis?? mesti ramai yang mengerumuni....huhu... sedih jugak tengok..

Tapi dengan kepintaran dan pengalaman, kedua-duanya lantas berbincang dan meletakkan mikrofon di atas meja. Pastu, masing-masing berdiri dan memanggil kanak-kanak sekolah dan bertanya tentang beberapa perkara di sekolah. Dengan ini, ramai kana-kanak sekolah mula mengerumuni mereka. teknik ini berkesan.

Coach Sha pulak menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar bahasa Inggeris dengan mengadakan game yang menarik dan hadiah yang cantik2...=)
tahniah buat keitga-tiga tokoh ini...=)

bersama Tg. Asmadi dan Osman Affan

Monday, April 25, 2011

Berehat banyak2 yer....

Salam...jumpe lagi...=)

Semalam, dapat berita gembira sebab akak yang sama tempat kerja telah melahirkan anak lelaki yang cumel....Dah lame menunggu kelahiran baby tu sebab die dah lewat sehari da waktu due. Tahniah buat Kak Maz n Abg Zaidi....Mudahan diorang jumpe blog ni...=) Moga anak2 akak jadi anak yang soleh dan solehah.

He, hari ni pulak, baru dapat tau, seorang lagi akak yang mengandung 5 bulan kat sini mengalami Plasenta Previa tahap 2. Memang tak tau pun apa sebenarnya plasenta previani. Tapi lepas baca artikel mengenainya, baru la faham. Plasenta previa tahap 2 masih berada pada tahap ok, tapi bile masuk tahap 3, si ibu tak akan dapat melahirkan bayi dengan normal. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh la baca di sini....(Plasenta Previa).

semoga kak Nora mendapat kekuatan n semoga anak yang dikandung juga sihat...amin.... tolong doakan juga ye kawan2...=) terima kasih....

I've buy the ticket..!!!!

salam semua.....moga sihat2 hendaknya.... Hari ni senyum manjang je lepas balik dari kedai. Alkisahnya pagu tadi tergerak hati nak tengok harga tiket balik dalam internet. Last2 jumpe tiket MAS yang murah untuk balik bulan 7 ni. Ape lagi, start la tanya ayah, abang, ada kad kredit tak. Tapi atas sebab-sebab tertentu, tak dapek nak beli online. Oleh sebab takut harga yang akan menaik semula, den buat keputusan nak beli hari ni jugak.

At last, dapat jugak beli tiket ni. Tu pun kne tambah RM50 sebab beli kat kaunter. cekik darah punye kaunter. huhu...Takpela, ni tak terkira dengan semangat nak balik jumpe mak ayah...=)

Mak, ayah, adik2......wait for me!!!!!!!....=)



Kemeriahan Pesta Buku PWTC 2011

Hari ini adalah hari ke-4 pesta buku 2011 berlansung di PWTC. Sambutannya memang meriah especially di booth PTS.....thanks semua kerana memeriahkan lagi pesta buku ni....jom, kite tgok gambar....!!!








waktu ni tak sempat nak rasa masakan kak liza...huhu



pemenang ipod touch tu.....jeles!!!!

booth yang tidak lekang dengan pengunjungnya....

cashier yang bertauliah.....like tha hat.=)


Ada lagi lebih kurang seminggu yang tinggal untuk meramaikan pesta buku ni....=) jumpa di sana!!! =)

Wednesday, April 20, 2011

Tips sebelum memilih kerjaya

Salam semua....Harap sihat2 je semuanya...

Hari ni tanggal 20 April dan ade sebulan lagi akan menghabiskan masa-masa praktikal. Lepas tu, banyak perkara yang perlu difikirkan. Pembentangan, angkut barang balik Sarawak,menahan perasaan pilu berpisah dengan rakan dan org tersayang...hihi... n yang penting sekali, alam pekerjaan yang ditarget perlu untuk dipenuhi sebelum majlis konvokesyen bulan 12 nanti.

Dengan ini, saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat mengenai tip-tip sebelum memilih kerjaya atau tempat yang ingin dipohon.

Pastikan tempat itu memudahkan dan menyediakan kemudahan untuk menjalankan ibadah seharian. Contohnya surau, masa yang sepatutnya dan sebagainya. Saya amat mengagumi persekitaran di tempat praktikal ini kerana bukan sahaja menyediakan kemudahan ibadah yang selesa, malah turut mengadakan solat berjemaah pada setiap hari dan tazkirah ringkas pada setiap hari Jumaat. Tidak banyak syarikat yang menganjurkan perkara seperti ini.

Kerjaya yang membolehkan kita mempunyai masa bersama keluarga tidak kira pada waktu malam ataupun hujung minggu. Perkara ini amat berhubungkait dengan potensi kerja dan pekerja itu sendiri. Bayangkan hari Isnin sehingga hari Sabtu, kerja tetap kerja. Balik pula lewat malam. Hari Ahad pula pastinya digunakan untuk berehat atau tidur sepanjang hari.... huuuuuuiiiiiii...bile mase nak bersama keluarga. Akhirnya, hubungan bersama keluarga makin renggang. Ini juga yang menimbulkan masalah2 lain seperti masalah sosial di kalangan anak-anak dimana ibu bapa tidak mempunyai masa untuk beramah mesra, bertanya masalah dan sebagainya dan mendorong anak2 untuk melangkah ke kancah yang tidak sihat.

Seterusnya, tempat kerjaya itu seharusnya memberi peluang kepada pekerjanya untuk memperkembangkan diri... bukan mem'perkembangkan' diri untuk maksud lain tau....=D =D....kat sini bermaksud adanya daya saing, rakan kerja yang sudi memberi tunjuk ajar dan sebagainya.

Then, tempat tu juga seharusnya mempunyai persekitaran yang mendamaikan. Tidak kira dari segi lokasi, kemudahan bahkan juga sikap rakan kerja di sekeliling. Ingat, rakan juga mempengaruhi dalam membentuk diri kita. Carila pekerjaan yang mengambil perkara2 yang lebih kepada nilai keagamaan sebagai salah satu kelayakan untuk diterima. InsyaAllah, kita juga akan terdorong menjadi seorang yang lebih baik....

Yang penting jugak, biarlah die selesa untuk hati kite.......biar kite selesa n happy je masuk kerja tiap hari...


okey....itu untuk hari ini.....=) Daaaa.....salam....


10 Jenis sembahyang yang tidak diterima Allah

Ingin saya kongsikan pada semua perihal solat yang tidak diterima oleh Allah walaupun solat itu kita lakukan setiap hari. Selamat membaca, renung2kan dan selamat beramal....

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.





Sumber: Xsam-group

Sempurna atau tidak????


Salam semua.....Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk menulis blog ini. Kali ni, nak kongsi pada sahabat-sahabat perihal manusia. Semua manusia inginkan kecantikan dan keindahan kan?? Tak kirela dari segi ape pun sama ada harta, pasangan, penampilan, dan sebagainya. Tapi tak semua keindahan yang kite dapat tu seratus peratus sempurna dari semua aspek kan??

Seorang sahabat lelaki pernah ditanya berkaitan hal ini. "Apa yang awak harap daripada pasangan awak?". Dan jawapannya, "Semua insan nak kan kecantikan dan keindahan. Jadi, mestila saya nakkan pasangan saya itu seorang yang cantik dan indah. Iaitu dalam pelbagai aspek, x kira aspek penampilan, perangai, sikap dan sebagainya."......

Jadi, tak semua tu dapat kite jumpa di dunia ni kan. Ade yang sempurna pada penampilan, tapi tidak pada sikap. Ada yang sempurna pada perangainya, tapi kurang sempurna pada penampilannya. Tapi, dapat kite lihat, tak semua yang memilih kesempurnaan aspek2 ini. Bak ramai yang kata, Kesempurnaan ni terpulang pada individu itu sendiri untuk menilainya....

Andai kata seseorang yang mengharapkan kesempurnaan mendapat sesuatu atau seseorang yang tidak dapat memuaskan definisi 'kesempurnaan' itu pada dirinya. Adakah perlu untuk dia mengubah persepsi 'kesempurnaan itu, ataupun sekadar menerima, ataupun mengubah apa yang dia miliki supaya 'kesempurnaan' yang diharapkan mampu untuk dicapai?? (emosional pulak kan......haha...)

Jadi, same2la kita fikirkan. Sebaiknya, perbaiki diri sendiri dahulu sebelum kita cuba untuk mencari kesempurnaan yang dicari.....=)

Wassalam........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram