Semalam adalah hari ke-6 pesta buku antarabangsa di KL. Semalam pegi untuk event en Tengku Asmadi, en Osman Affan, dan Coach Sha. Ketiga2 insan ini memang berpengalaman dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak sekolah. Apa yang menarik perhatian saya adalah teknik ketiga-tiga insan ini menarik perhatian kanak-kanak sekolah bagi melihat dan mendengar apa yang hendak diperkatakan.
Pada mulanya, masing-masing hanya bercakap dengan menggunakan mikrofon sambil menerangkan buku yang sedang dipromosikan. Tapi, semua kanak-kanak sekolah yang lalu hanya melihat sebentar dan terus berlalu. Susah juga nak tarik perhatian diorang. hanya segelintir sahaj yang mengenali Tg Asmadi dan Osman Affan yang sudi singgah untuk mandengar atau mengambil gambar bersama. Bagaimana kalau yng datang itu adalah artis?? mesti ramai yang mengerumuni....huhu... sedih jugak tengok..
Tapi dengan kepintaran dan pengalaman, kedua-duanya lantas berbincang dan meletakkan mikrofon di atas meja. Pastu, masing-masing berdiri dan memanggil kanak-kanak sekolah dan bertanya tentang beberapa perkara di sekolah. Dengan ini, ramai kana-kanak sekolah mula mengerumuni mereka. teknik ini berkesan.
Coach Sha pulak menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar bahasa Inggeris dengan mengadakan game yang menarik dan hadiah yang cantik2...=)
tahniah buat keitga-tiga tokoh ini...=)
bersama Tg. Asmadi dan Osman Affan
No comments:
Post a Comment