Wednesday, April 20, 2011

Tips sebelum memilih kerjaya

Salam semua....Harap sihat2 je semuanya...

Hari ni tanggal 20 April dan ade sebulan lagi akan menghabiskan masa-masa praktikal. Lepas tu, banyak perkara yang perlu difikirkan. Pembentangan, angkut barang balik Sarawak,menahan perasaan pilu berpisah dengan rakan dan org tersayang...hihi... n yang penting sekali, alam pekerjaan yang ditarget perlu untuk dipenuhi sebelum majlis konvokesyen bulan 12 nanti.

Dengan ini, saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat mengenai tip-tip sebelum memilih kerjaya atau tempat yang ingin dipohon.

Pastikan tempat itu memudahkan dan menyediakan kemudahan untuk menjalankan ibadah seharian. Contohnya surau, masa yang sepatutnya dan sebagainya. Saya amat mengagumi persekitaran di tempat praktikal ini kerana bukan sahaja menyediakan kemudahan ibadah yang selesa, malah turut mengadakan solat berjemaah pada setiap hari dan tazkirah ringkas pada setiap hari Jumaat. Tidak banyak syarikat yang menganjurkan perkara seperti ini.

Kerjaya yang membolehkan kita mempunyai masa bersama keluarga tidak kira pada waktu malam ataupun hujung minggu. Perkara ini amat berhubungkait dengan potensi kerja dan pekerja itu sendiri. Bayangkan hari Isnin sehingga hari Sabtu, kerja tetap kerja. Balik pula lewat malam. Hari Ahad pula pastinya digunakan untuk berehat atau tidur sepanjang hari.... huuuuuuiiiiiii...bile mase nak bersama keluarga. Akhirnya, hubungan bersama keluarga makin renggang. Ini juga yang menimbulkan masalah2 lain seperti masalah sosial di kalangan anak-anak dimana ibu bapa tidak mempunyai masa untuk beramah mesra, bertanya masalah dan sebagainya dan mendorong anak2 untuk melangkah ke kancah yang tidak sihat.

Seterusnya, tempat kerjaya itu seharusnya memberi peluang kepada pekerjanya untuk memperkembangkan diri... bukan mem'perkembangkan' diri untuk maksud lain tau....=D =D....kat sini bermaksud adanya daya saing, rakan kerja yang sudi memberi tunjuk ajar dan sebagainya.

Then, tempat tu juga seharusnya mempunyai persekitaran yang mendamaikan. Tidak kira dari segi lokasi, kemudahan bahkan juga sikap rakan kerja di sekeliling. Ingat, rakan juga mempengaruhi dalam membentuk diri kita. Carila pekerjaan yang mengambil perkara2 yang lebih kepada nilai keagamaan sebagai salah satu kelayakan untuk diterima. InsyaAllah, kita juga akan terdorong menjadi seorang yang lebih baik....

Yang penting jugak, biarlah die selesa untuk hati kite.......biar kite selesa n happy je masuk kerja tiap hari...


okey....itu untuk hari ini.....=) Daaaa.....salam....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram