Wednesday, April 20, 2011

Sempurna atau tidak????


Salam semua.....Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk menulis blog ini. Kali ni, nak kongsi pada sahabat-sahabat perihal manusia. Semua manusia inginkan kecantikan dan keindahan kan?? Tak kirela dari segi ape pun sama ada harta, pasangan, penampilan, dan sebagainya. Tapi tak semua keindahan yang kite dapat tu seratus peratus sempurna dari semua aspek kan??

Seorang sahabat lelaki pernah ditanya berkaitan hal ini. "Apa yang awak harap daripada pasangan awak?". Dan jawapannya, "Semua insan nak kan kecantikan dan keindahan. Jadi, mestila saya nakkan pasangan saya itu seorang yang cantik dan indah. Iaitu dalam pelbagai aspek, x kira aspek penampilan, perangai, sikap dan sebagainya."......

Jadi, tak semua tu dapat kite jumpa di dunia ni kan. Ade yang sempurna pada penampilan, tapi tidak pada sikap. Ada yang sempurna pada perangainya, tapi kurang sempurna pada penampilannya. Tapi, dapat kite lihat, tak semua yang memilih kesempurnaan aspek2 ini. Bak ramai yang kata, Kesempurnaan ni terpulang pada individu itu sendiri untuk menilainya....

Andai kata seseorang yang mengharapkan kesempurnaan mendapat sesuatu atau seseorang yang tidak dapat memuaskan definisi 'kesempurnaan' itu pada dirinya. Adakah perlu untuk dia mengubah persepsi 'kesempurnaan itu, ataupun sekadar menerima, ataupun mengubah apa yang dia miliki supaya 'kesempurnaan' yang diharapkan mampu untuk dicapai?? (emosional pulak kan......haha...)

Jadi, same2la kita fikirkan. Sebaiknya, perbaiki diri sendiri dahulu sebelum kita cuba untuk mencari kesempurnaan yang dicari.....=)

Wassalam........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram