Friday, October 14, 2011

Tunang 9.10.11


Bismillah...

Alhamdulillah masih diberi peluang meng'update' blog yang lama ditinggalkan ni. Banyak perkara yang telah berlaku dan pastinya semua adalah perancangan dan ketetapan Allah. Baru-baru ini pula, dengan izin Allah, berlansung majlis per

tunangan adik lelaki di Kampung Semariang Lama, Kuching.

Pertama kali menguruskan majlis ini memang memenatkan. Bukan penat kerana menguruskan majlis, tapi penat melayan, menyiapkan barang2 hantaran. Dan pastinya sebagai kakak, menjadi sasaran untuk semua2 ini. (dibantu oleh adik perempuan yang sorang tu) =) Namun, sekurang2nya, saya ada pengalaman untuk menguruskan perkara ini semua. Nanti, untuk adik2 dan abang pula, insyAllah pengalaman dijadikan sebagai panduan...^__^

Okey, now lets picture tells everything sepanjan
g berlansungnya majlis...



kedua-dua gambar di atas adalah saat menandatangan Watikah Pertunangan dari wakil pihak lelaki dan wanita. Watikah ini hanya diadakan di Sarawak sahaja. Di dalam watikah dinyatakan perkara yang diserahkan semasa pertunangan dan ditandatangan oleh wakil dan saksi kedua belah pihak. Sama macam sijil kahwin....



Hantaran dari pihak lelaki (merah putih) dan pihak perempuan (earth color dan krim)

bakal biras, mentua dan menantu.

Kek yang merunsingkan fikiran pada pagi majlis. Huh...nasib baik sempat siap....

Semoga pertunangan ini diberkati dan sampai hingga ke jinjang pelamin. Amin......^__^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram