Pagi tadi saya menonton salah satu rancangan yang best di TV al-Hijrah yang menampilkan seorang doktor yang membincangkan perihal kesihatan yang dialami seharian. Rancangan ini best sangat sebab kadang-kadang perkara yang kita anggap remeh akan terbongkar ke'besaran isunya' dari rancangan ni...salah satu nya adalah seperti tajuk di atas.
JAdi, daripada rancangan ni dan beberapa bacaan lain, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kesan buruk berlaku kepada pengguna telefon bimbit.
- Jangan letak handphone dalam poket. Sebabnya, radiasi yang dihasilkan akan memberi kesan pada tulang paha dan kajian juga ada menyatakan lelaki yang kerap meletakkan handphone di dalam poket akan mengurangkan kuantiti sperma sebanyak 30%.
- Gunakan headset semasa bercakap. Pointnya di sini adalah jauhkan handphone terutama semasa berbual walaupun hanya sejengkal. Lagi jauh lagi bagus....=)
- Kurangkan masa berbual.
- Jangan buat panggilan semasa berada di dalam lif atau kawasan yang menunjukkan bilangan bar yang kurang.
- Kurangkan penggunaan fungsi handphone yang banyak.
- Jangan gunakan berdekatan dengan alat yang dibuat daripada logam.
So, berhati-hatilah semua ya. Dan satu lagi, jaga kebersihan handphone anda kerana tangan yang kotor akan mengotorkan juga handphone semasa dipegang dan lebih parah lagi handphone ini anda letak di telinga semasa menggunakannya. Ingat tu..!! =)
okey, Selamat semua....!!!
No comments:
Post a Comment