Saturday, July 23, 2011

Hak Wanita Sebelum Berkahwin

Pagi ini saya terbaca artikel yang dikeluarkan dalam majalah Anis mengenai hak-hak wanita dari perspektif Islam. Terdapat satu keratan artikel yang dibentangkan oleh Ustazah Zawiah Hassan perihal 7 hak wanita sebelum berkahwin. Jadi, ingin saya kongsikan bersama teman-teman sekalian especially kepada wanita..*yang sudah berkahwin juga harus mengetahuinya....

7 hak wanita sebelum berkahwin adalah:
  • Hak menyatakan persetujuan terhadap perkahwinannya sendiri.
  • Hak menuntut ganti rugi jika ia terlibat dengan kes putus tunang.
  • Hak untuk tidak dipaksa berkahwin.
  • Hak mendapat wali hakim sekiranya ketiadaan wali nasab.
  • Hak mendapat atau menerima mas kahwin setelah menjalani akad nikah.
  • Hak menerima dan menyimpan surat akuan nikah dan perakuan taklik.
  • Hak untuk mendaftarkan perkahwinannya.
Semua yang dinyatakan lebih kepada aspek munakahat pada wanita. Ada banyak lagi hak-hak yang telah ditetapkan untuk wanita. Jadi, tidak salah mengatakan wanita itu adalah istimewa....^____^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram