Sunday, July 24, 2011

Derita hati si Isteri

Perkahwinan itu adalah perkara yang memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada setiap insan. Namun, kenapa masih ada yang sengsara dan derita sepanjang menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Sekadar perkongsian bersama, saya baru sahaja berjumpa dengan seorang teman yang sudah 26 tahun menjalani kehidupan berumah tangga. Teman yang amat akrab dengan saya. Sepanjang menghadapi kehidupan berteman dengannya, kebanyakan kisah yang berkaitan dengan rumah tangganya lebih kepada isu kesedihan, kekesalan, kesakitan yang lebih kepada hati dan mental. Menjalani hidup dengan suami dan 6 orang anak padanya lebih kepada kesedihan daripada kegembiraan.

Bermula dengan sikap suami yang bersikap autokratik terhadap isteri dan anak-anaknya. Kesannya, anak-anak kelihatan takut untuk berdepan dengan si ayah. Lansung tiada gurau senda, wajah kegembiraan pada anak-anak saat berhadapan dengan si ayah. Apa yang ada, hanya ketakutan sehingga semua perkara dilakukan tanpa ikhlas hanya kerana takut dimarahi. Ini yang dapat saya dengar dari luahan si anak. Walaupun kedudukan ekonomi kelihatan stabil, tetap tidak memeberi kepuasan hati kepada si ayah kerana mahukan 'kelebihan' yang lebih lagi. Lantas, anak-anak yang memerlukan duit untuk perbelanjaan seharian akan menerima panahan kemarahan tiap kali duit diminta sehingga mereka takut untuk meminta-minta dengan si ayah.

Kesan daripada sikap ini, bebrapa orang anak nya juga turut bersikap ganas dan autokratik. Mana lagi tempat tumpahnya kuah jika tak di nasi....

Si ibu pula yang hanya surirumah sepenuh masa, tidak memiliki apa-apa pendapatan untuk diberi kepada anak-anaknya. Malah, si ayah amat-amat jarang memberi duit perbelanjaan persendirian kepada isterinya. Isteri sekadar duduk di rumah membuat perkerjaan-pekerjaan di rumah. Malahan, orang gaji juga akan dibayar setiap bulan walaupun tugasnya juga di rumah sahaja. Amat sedih mendengar cerita ini.

Apa yang lebih malang, 'kekurangan' yang ada pada isteri sering menjadi hinaan dan sindiran di kala suami berada bersama rakan-rakan yang lain. Hati bertanya, di mana kedudukan isteri yang sepatutnya diberi oleh suami??

Apabila mengetahui perihal kisah ini, saya memikirkan apa yang harus dilakukan. Lantas, saya mencari jawapan di sekitar laman-laman yang banyak di media internet. Namun, kebanyakan jawapan yang diberikan adalah bersifat teori sahaja. Nasihat untuk bersabar dan bertahan. Namun, setiap orang ada batasannya yang tersendiri. Bukan menyalahkan jawapan yang diberi, tetapi tindakan yang lebih praktikal adalah perkara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun, seketika saya sedar, saya juga tidak dapat mencari penyelesaian yang terbaik. Maka, saya juga sama seperti mereka. Terlalu banyak ilmu yang kurang perihal perkara ini. Dan semestinya, saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia, dan berdoa untuk kebaikan sahabat. Moga mendapat penyelesaiannya. Amin ya Rabbal Alamin..... =(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram