Tersentuh hati melihat kanak-kanak ini ditinggalkan ibu kelaparan di padang yang tandus...:'( Hanya doa yang mampu dikirim......sama-samalah kita berdoa buat mereka ya......
Apakah perasaan kita setelah melihat gambar-gambar di atas? Pernahkah kita melihat gambaran seperti ini di negara kita?
Somalia. Nama negara Islam yang dikatakan bergolak kerana tiada kerajaan yang kukuh ditubuhkan. Pada waktu ini pula, krisis kemarau yang teruk menyebabkan kebuluran berlaku dengan teruk di kawasan malang ini. Atas sebab ini, ramai penduduk yang mati kebuluran terutama kanak-kanak.
Dan saya pernah membaca sebuah post yang mengatakan ada ibu yang sa
nggup meninggalkan anak di tepi jalan kerana sudah tidak kuat untuk mencari makanan untuk dirinya serta anaknya sendiri.
Berikutan daripada itu, sebuah badan bukan kerajaan telah membuka tabung sumbangan untuk penduduk Somalia. Anda boleh membuat sumbangan di laman Islamic Relief Malaysia.
31-7, Jalan SP2/1, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia