Sunday, January 8, 2012

Belajar untuk bekerja atau belajar untuk 'belajar'?





Bismillah. Harap semua berada dalam keadaan sihat sokmo.. Pagi tadi, baru sahaja menerima panggilan dari seorang insan yang amat dikenali. Perkara pertama yang ditanya, "Sudah bekerja ke?" Dan jawapannya, "Belum." Sambil tersenyum.=)

"Buang masa sahaja ambil ijazah, tapi masih tidak terus mendapat pekerjaan. Baik tak payah belajar..." terkesima seketika saat mendengar pengakuan itu. Lantas saya dengan penuh yakin menjawab,"Saya belajar bukan semata-mata untuk bekerja. Masih belum diberi rezeki dari Yang Memberi, nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya tidak bekerja, saya dapat ilmu selama 4 tahun itu. Bukan sekadar suka-suka menghabiskan 4 tahun yang lampau." Dia terus senyap menyepi dan lantas menukar topik bualan. Dan pastinya, saya hanya tersenyum menerima 'kemenangan' dalam perdebatan sementara itu.

Memang diakui, ramai yang menyambung belajar adalah untuk mendapat pekerjaan yang baik, gaji yang bertambah..Tapi jika sekadar menyalahkan 'pembuangan masa' itu kerana tidak mendapat pekerjaan, saya rasa tidak logik. Rezeki itu ada di mana-mana. Saya sudah dan masih sedang berusaha dan pastinya mereka ini tidak mengetahui kisah-kisah dahulu yang pastinya akan membuat mereka lebih terkesima. Sabarlah hati...

Semua ini ada hikmahnya..dan sekarang hikmah itu memang nampak. Sekurang-kurangnya, dalam 'penantian' ini, alhamdulillah saya mempunyai masa membantu mak dan ayah dalam urusan rumah dan kedai runcit yang kecil itu. =) Sekurangnya, ringan sedikit bebanan yang dihadapi oleh mak ayah lebih-lebih lagi adik-adik sudah sibuk dengan persekolahan. Ini lah hikmahmya.

Apapun, yakin dan bersikap baiklah pada takdir Allah ye hati..dan berhati-hatilah juga buat lidah. Tounge is the sharpest thing in the world. Itulah jawapan yang diberi Imam Ghazali dan sepatutnya dijaga agar tidak menyakiti orang lain...



Hah, ada jajan baru dijual kat kedai ni tau. Mari2 datang dan beli!!! (tiada kaitan antara yang hidup dan mati..^_*)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram