Tidur ini dinamakan Qailulah. Ini adalah salah satu aktiviti yang dapat memberi kesegaran semula kepada tubuh badan kita. Dulu, sebelum perkara ini diterapkan dalam sekolah kami, saya tengok ramai pelajar yang mengantuk especially waktu khutbah dibaca(termasuk si blogger ni). Tapi, selepas ustaz menerapkan Qailulah ni, nampaknya ramai yang masih tegak mendengar khutbah.
Daripada majalah Solusi isu 29, ada dinyatakan kebaikan2 tidur sekejap pada waktu siang ni. Antaranya adalah:
1. mengurangkan tekanan kerja.
2. meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
3. meningkatkan kemampuan belajar dan daya ingatan.
4. baik untuk janting dan kesihatan.
5. meningkatkan fungsi kognitif.
6. memberi stamina pada tubuh badan.
7. menjadikan manusia lebih kreatif.
8. mengelakkan daripada mengantuk ketika belajar atau bekerja.
tak salah kalau kita ambik masa sikit di siang hari untuk tidur. Tapi jangan tido terlalu lama pulak. kalau sampai 5 hingga 6 jam, itu tidak dikira sebagai qailulah....
Jadi, Jom kita Tido!!!...=)
No comments:
Post a Comment