Wednesday, October 10, 2018

Bila Diri Rasa Tidak Dihargai

 
 
Bismillahirrahmanirrahim..Ini untuk kamu-kamu yang merasa tidak dihargai..
Semua manusia ingin rasa dihargai. Tidak kira dihargai sebagai teman, dihargai sebagai suami atau isteri, dihargai sebagai ibu bapa, dihargai sebagai pekerja atau majikan dan sebagainya. Apabila semua perkara kita laksanakan, semua hal kita korbankan, semua usaha kita tunjukkan namun masih tidak dipandang oleh orang lain, betapa sedihnya, betapa ruginya usaha kita laksanakan.

Namun semua, kembalikan pertanyaan ini kepada kita sendiri. Adakah penghargaan manusia atau penghargaan Allah yang sebenarnya kita raih? Tidak mendapat perhargaan manusia, pantaskah untuk kita bersedih? Kepada manusiakah kita menyerahkan segala penat dan jerih? Tanyakan pada diri, adakah rasa penyesalan itu masih?

Kamu yang merasa tidak dihargai..
Jom, mari kita sama-sama merenung kembali. Mari sama-sama kita perbetulkan niat dan diri. Jika ada satu pintu yang kita ingin buka dan masuk ke dalamnya. Dengan sepenuh usaha kita daki tangga ke sana. Namun jika Allah kata pintu itu bukan untuk kamu buka, maka tidak akan kamu dapat walaupun kamu merana. Kerana yakinlah, ada pintu lain yang lebih tinggi darjatnya. Ada pintu lain yang lebih tinggi pandangannya. Ada pintu lain yang akan kamu buka dengan penuh senyuman lantas kamu memandang ke pintu sebelumnya dengan penuh hikmah. 

Kamu yang merasa tidak dihargai...
Jom, mari kita pacakkan niat kerana Allah. Kerana Allah lebih tahu hatimu dan segala perkara yang berkaitan denganmu. Jika apa yang kamu inginkan itu kamu capai dan perolehi, Allah tahu, jika hatimu akan lebih bongkak dan riak pada apa yang kamu perolehi. Allah tahu, jika kelaknya kamu akan melihat bahwa kamu adalah manusia sempurna, tiada siapa yang dapat menandingi. Lantas ketahuilah, betapa Allah ingin memeliharamu. Allah ingin menjagamu. 

Kamu yang merasa tidak dihargai...
Senyumlah.. bertenanglah... berzikirlah.. 
Kerana satu hari, kamu akan turut tersenyum. Kerana orang yang bahagia setelah datangnya ujian padanya akan merasa lebih bahagia. Yakin... Bismillah...


Monday, March 12, 2018

Workstation Di Rumah

Bismillahirrahmanirrahim. 
Al kisahnya memang dari dulu lagi ada impian nak buat satu sudut workstation di rumah. Jadi oleh sebab bilik ada 3 kat atas, satu untuk Rafi, satu untuk Aufa (walaupun dua-dua masih berkepit tidur bilik ibu ayah), jadi ibu ayah sepakat nak buat kat dalam bilik sendiri je.
Selepas 2 tahun, baru tergerak lagi hati nak betulkan workstation ni. Jadi, semangatlah kan nak tengok idea2 orang lain dan jumpa jugak beberapa idea yang amat memikat hati.


Dua gambar ni idea kak Aty.. Kemas sangat workstation dia. 

Idea ni pun boleh tahan. Simple dan menarik.

Semua gambar kat atas ada shelves untuk letak fail-fail. Oleh sebab shelves tak ada lagi, sempat beli meja ikea je hari tu di Boulevard, kerusi pun guna kerusi meja solek je dulu. (punyalah excited nak buat workstation), dan inilah hasilnya..


Workstation separuh siap..haha.. 
Mula-mula jumpa meja di Boulevard Mall, Kuching ada dua jenis. Satu yang ada laci, harga dalam RM400 lebih. Husband cakap dia berkenan dengan meja yang lagi satu ni. Harga dalam RM150 je. Jadi sepakat beli yang murah je..hehe. 


Akhirnya..tapi masih banyak lagi yang perlu diatur. Next ialah misi mencari kerusi dan lampu meja pulak.

Monday, January 1, 2018

2018 - Monolog Hamba Yang Bertambah Usianya

Alhamdulillah puji segalanya untuk Dia
Nafas dipinjam masih
Hanya untuk khidmat sebagai hamba
Nyata tahun ke 30 ini
Kasih bahagia dan ujian menimpa

Nyata
Isteri itu banyak tanggungnya
Kerana itu bukan mudah menjadi isteri
Lagi jika peranan isteri 
Bukan ditanggung semuanya oleh isteri
Bingung??
Hanya Allah yang tahu
Mudah??
Hanya yang mengerti sahaja yang tahu
Kerana itu, bila akad sudah dipateri 
Sebaiknya buruk dan baik
Pasangan anak ataupun kediaman
Hanya tertentu sahaja menjadi saksi
Hanya tertentu sahaja menjadi penyimpan

Namun
Jika tertulis oleh takdirnya itu
Tinggal sendiri menilai diri
Tinggal sendiri membenteng hati
Alhamdulillah
Masih ada yang Allah beri

Nyata
Menjadi ibu juga bukan mudah
Ibu yang mampan mungkin
Bukan kerana anak
Bukan kerana didikan
Tapi kerana hubungannya bersama Pencipta
Dia culas..
Maka Allah culaskan usahanya

Namun
Tahun baru menambahkan
Usia dan juga kepintaran
Lantas ibu juga harus bertambah pintarnya
Harus bertambah taqwanya
Moga Allah bantu
Moga Allah redha

Ya Allah
Moga 2018 ini
Menjadi hamba taqwa
Menjadikan hamba lebih rapat
Bercurhat hanya padamu
Dalam susah dan senang
Dalam kuat ataupun lemah
Hamba redha..
Allah....

Friday, February 24, 2017

Gagal dalam penyusuan? Gagalkah kita?

 
 
Bismillahirrahmanirrahim
Menyusukan anak sehingga 2 tahun merupakan impian setiap ibu-ibu pada masa sekarang. Saya juga merupakan seorang ibu yang sentiasa memasang niat dan impian untuk menyusukan anak. Jujurnya saya akui, untuk anak pertama, saya tidak dapat mencapai impian ini kerana saya terlalu lewat mengumpul stok untuk Rafi. 2 minggu sebelum kerja baru menggigihkan diri mengepam walaupun tahu hasil pam tidak terlalu banyak. Akibatnya, tidak sampai seminggu, Rafi terpaksa menerima susu formula.
 
Harapan saya kembali bersinar semula apabila Allah beri rezeki untuk mengandung lagi. Segala persiapan telah saya lakukan termasuk membeli pam baru dengan niat nak pam awal selepas bersalin. Alhamdulillah Aufa lahir je, susu memang dah ada. 2 minggu selepas Aufa lahir, bermulalah rutin harian mengepam susu sehinggakan kebanyakan masa memang di dalam bilik je, waktu makan je keluar. Nak pam kat luar tak boleh sebab duduk sekali dengan mak ayah mertua. Lainlah kalau duduk sendiri kan.. Hasil pam? Walaupun saya ikut dan konsistem pam, setiap hari saya akan dapat paling banyak 7 oz susu. Itupun lepas susu-susu dicampur sekali untuk sesi-sesi pam sehari. Tapi alhamdulillah banyak stok dapat disimpan sehingga terpaksa membeli deep freezer sebab nak letak barang-barang basah dah tak muat.

Bila usia Aufa masuk 2 bulan, bincang dengan suami untuk ambil cuti tanpa gaji sampai Aufa 6 bulan. Tapi Allah dah takdirkan permohonan saya tidak diluluskan atas sebab kekurangan pegawai. Maka terpaksalah turun kerja tinggalkan Aufa lepas 3 bulan bersalin. Bermulalah rutin menyah bekukan stok susu dan mengepam di pejabat. Selepas beberapa hari, ternyata Aufa minum 6 - 7 botol sehari (21 oz). Pam 3 kali di pejabat setiap hari saya boleh dapat 3 botol susu, balik rumah pula saya boleh dapat 1 botol lagi susu. Jadi setiap hari tidak ada susu yang masuk untuk disimpan, malah semuanya negatif. Akhirnya stok semakin mengurang dan saya terpaksa akur apabila susu formula dibeli untuk topup susu Aufa. 4 bulan sahaja. Perasaan? Allah sahaja yang tahu. Syukur ada suami yang amat memahami dan sentiasa memberi kata semangat dan dorongan. Namun rutin mengepam tetap saya teruskan dan Aufa masih minum susu ibu walaupun terpaksa bercampur dengan susu formula.

Jadi, hasil dari pujukan buat diri sendiri, saya juga ingin memujuk ibu-ibu yang senasib atau kurang bernasib baik di dalam penyusuan ini. Ingat di dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI."

Ya, kita tidak mengetahui apa yang Allah ingin berikan daripada apa yang kita usahakan, tetapi hasil tidak seperti apa yang kita inginkan. Melihat pada ibu-ibu yang dikurniakan rezeki susu yang melimpah ruah (over supply), saya akui memang terasa kita seolah-olah gagal. Namun jom sama-sama kita renung dan lihat pada mereka yang lansung tidak dapat memberi susu kepada anak-anak atas dasar sakit atau sebagainya. Berjaya kan kita? 

Saya terbaca satu blog yang amat memberi inspirasi dan dorongan buat saya. Di bawah ini boleh sama-sama kita jadikan tatapan dan renungan agar kita sedar bahawa apa pun yang berlaku setelah kita berusaha, rasa redha itu akan menjadi pengubat buat kita.
 
Sumber: http://www.lizrohaizat.com/2009/11/hebat-sangatkah-jika-berjaya-menyusukan.html

Ini artikel dalaman dari susuibu.com. Cuba baca. Walau di mana pun tempat anda, anda semua IBU YANG HEBAT!

Breastfeeding your baby for even a day is the best baby gift you can give. Breastfeeding is almost always the best choice for your baby. If it doesn't seem like the best choice for you right now, these guidelines may help.

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR JUST A FEW DAYS, he will have received your colostrum, or early milk. By providing antibodies and the food his brand-new body expects, nursing gives your baby his first - and easiest - "immunization" and helps get his digestive system going smoothly. Breastfeeding is how your baby expects to start, and helps your own body recover from the birth. Why not use your time in the hospital to prepare your baby for life through the gift of nursing?

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR FOUR TO SIX WEEKS, you will have eased him through the most critical part of his infancy. Newborns who are not breastfed are much more likely to get sick or be hospitalized, and have many more digestive problems than breastfed babies. After 4 to 6 weeks, you'll probably have worked through any early nursing concerns, too. Make a serious goal of nursing for a month, call La Leche League or a Lactation Consultant if you have any questions, and you'll be in a better position to decide whether continued breastfeeding is for you.

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR 3 OR 4 MONTHS, her digestive system will have matured a great deal, and she will be much better able to tolerate the foreign substances in commercial formulas. If there is a family history of allergies, though, you will greatly reduce her risk by waiting a few more months before adding anything at all to her diet of breastmilk. And giving nothing but your milk for the first four months gives strong protection against ear infections for a whole year.

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR 6 MONTHS, she will be much less likely to suffer an allergic reaction to formula or other foods. At this point, her body is probably ready to tackle some other foods, whether or not you wean. Nursing for at least 6 months helps ensure better health throughout your baby's first year of life, and reduces your own risk of breast cancer. Nursing for 6 months or more may greatly reduce your little one's risk of ear infections and childhood cancers. And exclusive, frequent breastfeeding during the first 6 months, if your periods have not returned, provides 98% effective contraception.

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR 9 MONTHS, you will have seen him through the fastest and most important brain and body development of his life on the food that was designed for him - your milk. You may even notice that he is more alert and more active than babies who did not have the benefit of their mother's milk. Weaning may be fairly easy at this age... but then, so is nursing! If you want to avoid weaning this early, be sure you've been available to nurse for comfort as well as just for food.

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR A YEAR, you can avoid the expense and bother of formula. Her one-year-old body can probably handle most of the table foods your family enjoys. Many of the health benefits this year of nursing has given your child will last her whole life. She will have a stronger immune system, for instance, and will be much less likely to need orthodontia or speech therapy. The American Academy of Pediatrics recommends nursing for at least a year, to help ensure normal nutrition and health for your baby.

IF YOU NURSE YOUR BABY FOR 18 MONTHS, you will have continued to provide your baby's normal nutrition and protection against illness at a time when illness is common in other babies. Your baby is probably well started on table foods, too. He has had time to form a solid bond with you - a healthy starting point for his growing independence. And he is old enough that you and he can work together on the weaning process, at a pace that he can handle. A former U.S. Surgeon General said, "it is the lucky baby... that nurses to age two."

IF YOUR CHILD WEANS WHEN SHE IS READY, you can feel confident that you have met your baby's physical and emotional needs in a very normal, healthy way. In cultures where there is no pressure to wean, children tend to nurse for at least two years. The World Health Organization and UNICEF strongly encourage breastfeeding through toddlerhood: "Breastmilk is an important source of energy and protein, and helps to protect against disease during the child's second year of life."* Our biology seems geared to a weaning age of between 2 1/2 and 7 years**, and it just makes sense to build our children's bones from the milk that was designed to build them. Your milk provides antibodies and other protective substances as long as you continue nursing, and families of nursing toddlers often find that their medical bills are lower than their neighbors' for years to come. Mothers who have nursed longterm have a still lower risk of developing breast cancer. Children who were nursed longterm tend to be very secure, and are less likely to suck their thumbs or carry a blanket. Nursing can help ease both of you through the tears, tantrums, and tumbles that come with early childhood, and helps ensure that any illnesses are milder and easier to deal with. It's an all-purpose mothering tool you won't want to be without! Don't worry that your child will nurse forever. All children stop eventually, no matter what you do, and there are more nursing toddlers around than you might guess.

WHETHER YOU NURSE FOR A DAY OR FOR SEVERAL YEARS, the decision to nurse your child is one you need never regret. And whenever weaning takes place, remember that it is a big step for both of you. If you choose to wean before your child is ready, be sure to do it gradually, and with love.
 
 
Macam mana? Hebatkan kita? Dah, lap titis air mata tu dan teruskan berusaha. Ingat, Allah tidak membebankan seorang hamba itu melebihi kemampuan dirinya. Sampai sini sahaja semua...

Assalamualaikum...

Sunday, November 6, 2016

Pengalaman bersalin anak kedua

Alhamdulillah hari ini dah merdeka, hari ke 45 pantang. 19 September 2016, perjuangan melahirkan seorang lagi amanah telah berlalu. Dan sepertimana yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya menghidapi GDM (kencing manis) semasa mengandung, jadi doktor sarankan saya untuk melahirkan tidak lebih daripada tarikh dijangka bersalin iaitu 20 September 2016. Samada diinduce ataupun pembedahan. Dengar sahaja perkataan induce dan pembedahan buat hati jadi runsing. Masuk je bulan September, setiap kali solat mesti doa untuk diberi kemudahan bersalin.
Jantina pula pada hari terakhir buat ujian ultrasound, sempat juga tanya doktor. Doktor respon, kemungkinan besar anak lelaki sebab nampak macaam testis tapi batang tak nampak, mungkin dikepit. Itu adalah doktor kedua yang cakap kemungkinan anak lelaki. Jadi, semua pakaian dan keperluan anak lelaki sudah siap disediakan. Dalam hati pun dah redha. Husband pun cakap, boleh jadi kawan abang Rafi nanti dan adalah alasan nak tambah anak lagi. Amboi..

18 September 2016

Hari ni tinggal dua hari lagi due. Pagi tu, sebelum solat Subuh, akhirnya tanda yang ditunggu-tunggu pun tiba. Gembira, takut dan risau semua ada waktu tu. Masih teringat lagi saat bersalin Rafi dulu. Tak lama lagi dah nak berulang. Seperti biasa, tak ke hospital dulu sebab belum masanya. Tapi dah set dalam minda, akan bersalin bila-bila masa. Jadi petang tu, ajak suami jalan-jalan ke Pustaka Negeri dan pusat beli belah sampai penat.
Tengah solat maghrib, mula terasa sakit di pinggang dan ari-ari. Tapi selang masa dalam 30 minit. Tekun tu tengok sela masa tiap kali datang sakit, lepas tu repot kat suami. Dalam jam 10 malam, tengah tidurkan Rafi, sakit datang tiap 10 minit pula dan mula beransur-ansur kerap. Bila dah tiap 5 minit datang sakit, baru ajak suami ke hospital. Waktu tu dah masuk jam 12 tengah malam dah. Sempat solat hajat dulu sebelum keluar rumah agar proses seterusnya dipermudahkan.
19 September 2016

Sampai je di hospital, terus pasang seluar bersalin (yang rupanya tak boleh pakai waktu bersalin, terpaksa ditanggalkan jugak). Daftar apa yang patut, masuk bilik untuk cek ctg dan sesi soal jawab dengan doktor. Waktu cek ctg ni la sakit contraction tu datang tak kerap sangat. Macam tau-tau je dah kat hoapital. Cek bukaan, masih 3 cm. Doktor cakap tunggu dulu sebab dia nak mintak doktor yang lebih pakar buat scan. Siap tanya lagi rumah jauh ke tak. Takkan nak suruh balik kot. 
Sementara tunggu doktor bawak ke bilik scan, tiba-tiba sakit yang teramat datang balik. Makin sakit dan makin kerap. Waktu tu teringat dulu pernah baca tentang hypnobirthing. Waktu kontraksi datang, bayangkan kepala bayi yang excited cuba nak keluar. Fikirkan wajah bayi yang akan kita sambut tak lama lagi. Dan tau tak? Memang berkesan!! Sakit tu memang sakit tapi kita akan rasa lebih tenang dengan sakit yang dialami. Bila dah rasa sakit tu, angkat je dari katil, lepas tu jalan-jalan pusing bilik dengan harapan bukaan tu cepat.
Tak lama lepas tu, masuk bilik scan. Doktor perempuan, agak sedikit tegang wajahnya. Waktu cakap dengan doktor baru tu pun, suara macam marah je. Penat agaknya kot... Tapi bila mula bercakap memperkenalkan diri, terus senyum terukir. Intinasi suara pun berubah. Huh sejuk hati waktu tu. Siap scan, doktor kata baby okey cuma nampak macam kecik. Kemudian, dia cek bukaan pulak. 

"Eh, dah besar dah bukaan ni. Dah 7cm, ambik wheelchair, bawak dia masuk labour room."

7cm dah?? Patutlah tadi sakitnya yang teramat. Doktor terus bawak masuk labour room, tukar baju dan mesej suami suruh masuk. Suami pun terkejut bukaan dah besar dari 3 cm dalam masa tak sampai sejam. Doktor baru tu pun hairan, siap tanya lagi ada ambik air selusuh tak. 
Dalam bilik itu,perasaan dah bercampur baur. Takut pun ada, excited pun ada. Dah nak keluar anak lelaki sorang. Dalam masa tu lah, doktor baru tu siap-siapkan pecah air ketuban dan kosongkan salur kencing. Agak sakit waktu dia laksanakan prosedur tu, tak macam masa bersalin Rafi. Tak lama lepas tu, sakit nak meneran pun sampaaaaiii... Ya Allah, macam biasa sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Tapi still, cuba guna konsep dari hypnobirthing tu dulu sambil mulut ikut baca zikir bersama suami. 
"Okey, kalau rasa nak teran, teran je tau Siti. Dah nampak dah tu rambut baby."

Nurse dah bagi kebenaran, dengan sekuat hati meneran dan alhamdulillah dua kali teran, baby pun keluar...
"Tengok ni, Siti dapat baby apa..."

Untuk seketika, waktu nurse tunjuk jantina bayi, saya dan suami kelu.. Tengok muka suami, terus ketawa. Ya Allah, perempuan ke?? Suami pun gelak. Nurse pulak buat muka hairan. Perasaan waktu tu terkwjut sangat. Mana tak nya, dua orang doktor dah bagi instinct yang kami akan dapat anak lelaki lagi. Saya pulak dah siap sediakan semua barang-barang bayi lelaki di rumah. Tup tup keluarnya perempuan!! 
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi dikurniakan sepasang dah anak.
Lepas je bersalin tu, tiba-tiba doktor mention ada sedikit cebisan yang tertinggal di dalam. Diorang panggil doktor pakar untuk tengok dan keluarkan. Doktor tu pun tekan-tekan kat bahagian perut. Agak sakit jugaklah waktu dia tekan tu. Dalam beberapa minit lepas tu, doktor cakap rasanya semua dah keluar tapi saya tetap kena makan antibiotik untuk menghalang kuman daripada timbul hari kemudian. Alhamdulillah, sampai sekarang, tak ada kesan negatif yang datang.
Itu lah pengalaman bersalin kali ni. Rasa macam tak percaya dah ada anak dua.
Oleh sebab ingat dapat anak lelaki, jadi persediaan nama mestilah anak lelaki je. Bila dapat tahu perempuan, terpaksa bertungkus lumus cari nama perempuan pulak. Dan alhamdulillah, pada hari ketujuh jugak ditetapkan nama puteri adalah Aufa Farhana binti Muhammad Fikry.

Assalamualaikum dunia... Eh lupa, berat Aufa saat dilahirkan adalah 2.47kg. Kecil je.. Semoga Aufa menjadi anak solehah, tabung syurga ibu dan ayah. Amin...
Okey, sampai sini saja. assalamualaikum... 

Friday, August 26, 2016

Gestational Diabetes Ketika Hamil?

 
 
Bismillahirrahmanirrahim..
Agak lama blog ini tidak di update. Pejam celik pejam celik, tahun 2016 ini nampaknya memberi pelbagai kejutan yang kadang-kadang tidak saya duga. Antaranya ialah hadirnya seorang lagi khalifah di dalam rahim dan rezeki masuk rumah baru. Rafi dah nak jadi abang!! Dah 36 minggu dah sekarang.. Nak dijadikan kisah, masa kandungan 6 bulan hari tu, bulan puasa, ujian MGTT dibuat dan keputusannya, saya disahkan mengalami Gestational Diabetes (GDM) dengan bacaan lepas minum air gula sebanyak 8.4. Waktu tu hanya Allah je yang tahu perasaan.
 
 
Bermula hari tu, macam kebanyakan ibu hamil yang lain, nurse suruh buat ujian Blood Sugar Profile (BSP) setiap 2 minggu berturut-turut. Beli jugak mesin BSP ni sebab jarak rumah dengan klinik agak jauh dan dengan kerja, memang susah nak ke klinik setiap 2 jam. Waktu ni jugak terpaksa jumpa dietition dan belajar bagaimana untuk kawal makanan terutama melibatkan gula. Kebetulan masa itu adalah bulan puasa, jadi memang tak ada masalah nak kawal pemakanan cuma ada beberapa saranan daripada dietition ketika berbuka puasa iaitu:
 
1) Jangan berbuka dengan kuantiti makanan yang banyak terutama sekali melibatkan makanan yang manis atau karbohidrat yang banyak. 
 
2) Jangan tinggalkan makan atau minum pada malam sebelum tidur. Makanlah walaupun sekeping biskut sebab dia taknak kita mengalami Hypoglycemia (gula rendah dalam darah)
 
3) Jangan tinggal makan sahur. PENTING!!
 
Alhamdulillah, bila cek BSP, gula masih dapat dikawal. Pergi checkup yang seterusnya, berat badan pula turun 1.5 kg. Jumpa dietition balik, dia kata tak payah puasa. Bayangkan, lagi dua hari Ramadhan nak habis, tiba-tiba dietition tak bagi puasa sebab berat badan turun. Mana tak turun, lepas tahu dapat GDM je memang semua dikawal. Tanya encik suami, dia cakap kalau larat, puasa je. Lagipun sayang lagi 2 hari. Jadi, 2 hari tu tetap jugak puasa.
 
Habis Ramadhan, datanglah Syawal, bulan yang penuh dengan makanan-makanan yang berwarna-warni. Lagi-lagi kat Sarawak ni, dengan kek lapis yang pelbagai rasa dan warna memang menarik hati den. Jadi, awal-awal lagi dah set dalam minda, tahun ni kena ada pantang untuk hari raya. Antaranya:
 
1) TOLAK air tin dan air kotak.
 
2) TOLAK makan kuah kacang. (tapi ada jugak makan sekaliii je)
 
3) KEK?? Makan jugak, tapi setengah bagi kat suami.
 
4) Makan biskut satu jenis satu biji je bagi setiap rumah. (Pantang yang lucu tapi tak boleh buat kat biskut makmur..mesti nak tambah jugak..haha)
 
5) KETUPAT, NASI IMPIT, LEMANG - makan satu hingga dua kerat je.
 
Itulah pantang-pantang yang diamalkan sepanjang hari raya hari tu. Ada yang dapat ikut, ada yang terlebih jugak. Yang penting, BSP tu terkawal. Alhamdulillah, sehingga kandungan masuk minggu ke 36 ni, kandungan gula sepanjang BSP dibuat, keputusannya masih di bawah kawalan. Kandungan pun alhamdulillah tidak besar dan berat, malah lebih kecil daripada usia kandungan. Apa-apapun semoga semuanya sihat dan dipermudahkan.
 
Jadi bagi mereka yang disahkan mendapat GDM semasa hamil, jangan terlalu risau. Ikut nasihat doktor, kawal pemakanan, be positive, in shaa Allah semuanya akan baik-baik saja. Apa yang penting, kita mahu anak kita sihat dan tidak akan ada kesannya selepas bersalin nanti. 
 
Wassalam...

Tuesday, June 7, 2016

Tips Pilih Langsir Rumah Kediaman ~Pengalaman Semata~

 
 
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah hari ni dah masuk 2 Ramadhan 1437H. Syukur masih diberi kesempatan bertemu Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah jugak progress untuk baitijannati dah hampir 60 peratus. Dapur basah dah siap, (dapur kering je belum), langsir pun dah siap pasang. Langsirlah satu-satunya keperluan yang perlu dilengkapkan sebelum nak masuk rumah. Kalau takde langsir, rasanya satu benda pun tak boleh masuk rumah dulu, betul tak? Jadi, sepanjang pencarian mencari langsir ni 'agak' banyak jugaklah research yang dibuat untuk memilih langsir terbaik.(terbaik kottt bagi diri ini....^_^)
 
Okey, ini adalah tips yang saya dapat daripada beberapa sumber yang tak tahulah berapa kali saya belek sepanjang pencarian ini. 
 
1.Ukuran tingkap
Ini adalah perkara utama dan pertama sekali yang perlu diketahui dan dikuasai. Pastikan ukuran tu betul dan tepat. Jadi, daripada ukuran itu, baru kita dapat tahu besar mana langsir yang kita nak nanti. Dalam ukuran ini, saya hanya ambil ukuran yang tepat, tak ada tambah dan tolak. Bagi mereka yang memilih untuk membeli langsir di kedai yang ada pembantu, mereka akan suggestkan ukuran kain yang perlu dibeli. Tapi bagi mereka yang lebih prefer untuk jahit sendiri, mungkin ada penambahan ukuran yang rasanya diorang sendiri pun tahu. 
 
Ini adalah ukuran yang perlu dititik beratkan. 
 
2. Fabrik
Selepas tahu ukuran dan bayangan langsir yang kita inginkan, pilih pula jenis/ warna fabrik yang kita inginkan. Ini sebenarnya untuk mengelakkan 'kerambangan mata' dalam memilih kain langsir bila masuk kedai nanti. Last-last pening kepala bila tengok semua jenis fabrik, semua warna nampak cantik. Pemilihan warna dan fabrik ni perlu dititikberatkan dengan keadaan pengcahayaan di dalam rumah daaan perabot yang ada di dalam rumah. Kalau rumah yang kelihatan suram, fabrik yang boleh dipilih adalah fabrik yang nipis dan warna yang agak cerah. Dan jangan lupa, sesuaikan dengan tema rumah yang dipilih. Pengalaman pertama ketika memilih fabrik langsir hari tu, saya lebih memilih fabrik yang polos, blackout dan sesuai dengan warna perabot rumah yang kekelabuan. 
 
 
Pemilihan warna biru yang memberi pengcahayaan lebih kepada ruang rumah. Disesuaikan dengan warna bantal kecil sofa dan karpet.
 
 
Langsir polos dan bersaiz besar ni lebih menunjukkan kepada gaya moden. Kebiasaannya disertakan sekali dengan day curtain sebab biasanya kain seperti ini lebih berkonsepkan blackout. Jadi kalau tutup langsir tu waktu siang pun nampak macam malam. Macam langsir hotel kebiasaannya....


Langsir ni lebih berkonsepkan tradisional dan klasik. Banyak corak yang terlihat. Biasanya dipadankan dengan dinding atau perabot yang agak polos. 
 
 
Ini pulak bagi siapa yang suka bermain dengan warna. Tapi cantik jugak kan? Nampak lebih ceria. Tapi den tak berani ha nak cubo.. 
 
 
3. Bajet
Bajet ini juga penting sangat dalam pemilihan langsir. Sebab kain ni ada banyaaaak sangat jenis dan juga harga. Memilih tanpa bajet akan jadikan kita terbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi bagi orang yang pertama kali nak beli langsir. Kalau di Kuching ni, kedai menjual kain langsir ni memang tak banyak, jadi nak bandingkan harga memang tak susah. Jadi penting untuk survei harga kain langsir seperti di dalam kriteria yang telah kita tetapkan. Bukan bajet dari segi kain sahaja tau, jangan lupa untuk ambil kira upah menjahit dan accesories lain yang berkaitan. Jenis jahitan langsir juga perlu diambil kira dalam menentukan bajet. Langsir yang menggunakan jahitan biasa mungkin akan menggunakan bajet yang kecil. Hari tu pun, beli kain langsir di Nilai 3, (ikut zauj ada meeting di Semenanjung), bayaran upah untuk buat langsir jenis eyelet adalah RM18 untuk satu keping. Manakala untuk jahitan biasa adalah percuma. Nasib baik masih masuk dalam bajet untuk buat langsir eyelet.
 
 
4. Tawakal dan redha
Ha, tips keempat ini adalah tips yang paling penting lepas dapat langsir di tangan. Tawakal dan redha pada apa yang kita dah pilih dan tunggu untuk digantung di rumah. Bila dah digantung, baru kita akan tahu apa fungsinya rasa tawakal dan redha ini perlu diterap..hihihi...
Jadi, itulah antara tips-tips yang ingin dikongsikan buat semua. Bukan sebagai seorang yang pakar bab langsir tau, tapi sebagai seorang yang  baru pertama kali memilih langsir untuk kediaman. Sekadar pengalaman untuk dikongsi bersama. Mana tau ada yang nak beli langsir baru untuk Raya ni nanti kan...???
 
 
So, selamat berpuasa lagi untuk semua. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt. Doakan saya juga sebab tengah pening nak pindah sebelum ke selepas raya. Huhuhu... Pening sebab dry kitchen tak siap je pun.. hihi.. Okeylah.. sayonara..
Assalamualaikum...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram