Tuesday, November 19, 2013

Khat Kufi -Cubaan Pertama-

 
 
Bismillahirrahmanirrahim. Hai semua. Hari ini rasa kekok pula nak meng'update' blog, lama kot rasanya blog ni dah bersawang. Okey, hari ini nak cerita sedikit tentang khat yang nampaknya semakin mendapat perhatian pencinta-pencinta khat. Khat ni boleh dikatakan sebagai seni tulisan yang menarik dan selalunya dijadikan sebagai perhiasan. Khat yang sedang popular pada masa ini pula adalah khat kufi. 
 
Saya bukanlah insan bertuah yang diberi keistimewaan kreatif untuk melukis khat tetapi setelah mencuba membuat satu khat dan berhasil, itu merupakan kejayaan terbesar (kononnya) bagi saya. Pengalaman kali pertama buat khat kufi ini adalah ketika berusaha mencantikkan kad kahwin adik ipar yang akan berkahwin ahad ni. Pada mulanya terfikir pula hendak membuat kad kahwin yang bertemakan Arab sedikit, terus teringat pada khat kufi ini. Pada mulanya saya ingat nak copy dan paste sahaja gambar khat yang berkaitan. Tetapi selepas menemui halaman INI yang memaparkan tutorial membuat khat kufi menggunakan microsoft excel, saya terus buka excel dan mencuba.  
 
Jujurnya, memang susah sangat! Haha, kononnya sekali ajar terus pandai.. Terang-terang ditulis pada halaman tersebut supaya membuat lakaran dahulu sebelum mula melakar di Excel. Padahnya, terkial-kial depan laptop nak siapkan khat. Suami kat sebelah pula nyenyak tidur.. Sebenarnya insan yang paling minat pada seni khat kufi ni adalah suami saya sendiri. Kononnya nak buat juga sampai siap sebab nak tunjuk kat suami esoknya.. (berlagak kan..? tapi dapat pujian juga dari suami keesokannya..hihi)
 
Setelah mencuba daripada pukul 9 lebih (tak ingat lebih nya berapa), akhirnya....
 

tadaa..... selesai juga untuk khat 'Majlis Kesyukuran' dan masa siapnya adalah pada pukul... 12 tengah malam.. haha ambik.. 3 jam bersengkang mata nak buat khat yang seciput ni. padan muka... Tapi puas hati sangat.. Lepas tu, tutup laptop, terus tidur..tak larat sangat dah..

Esoknya, barulah proses 'design' pada kad yang sedia ada. Dan hasilnya...




Alhamdulillah siap juga akhirnya...^_^

Pengajarannya, jangan mudah putus asa kalau nak sangat buat sesuatu perkara. Dan kedua, sila ikut arahan jika kita masih mula untuk mempelajari sesuatu. Sekarang banyak pihak sudah mula menjadikan khat kufi sebagai hiasan di dalam rumah dan perniagaan khat ini memang mula melonjak naik. Jom jamu mata..






cantik kan? Terbayang untuk rumah baru nanti...^_^

Okey, sampai sini sahaja semua.. da di du...

Assalamualaikum...=)
 

2 comments:

  1. wah... ilmu yg bermanfaat (sebab saya sedang cari info mengenai kufi) ..TQ sebab sharing.. :-)

    ReplyDelete
  2. semoga bermanfaat..dan selamat mencuba khairul..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Instagram